EPL: QPR vs Arsenal / Pre-Match
QPR yang telah dibeli oleh Tony Fernandez kelihatannya akan turun liga pada musim depan setelah mengalami kekalahan demi kekalahan. Jadual baki perlawanan juga tidak memihak kepada mereka apabila masih perlu bertembung dengan pasukan besar EPL seperti Manchester United, Chelsea, Spurs dan Manchester City.
Arsenal yang sedang memuncak pasti akan menggunakan sepenuh kesempatan untuk menjamin 3 mata menjadi milik mutlak The Gunners. Prestasi terumbang-ambing QPR akan diekspoitasi oleh skuad Arsenal dan berkemungkinan berkesudahan dengan jumlah jaringan yang besar.
Musim ini, Arsenal telah mencatatkan jumlah jaringan yang cemerlang dan hanya gagal menjaringkan sebarang gol dalam 4 perlawanan daripada 30 setakat ini. Ini memberikan kelebihan terutamanya kemampuan setiap pemain Arsenal untuk menjaringkan gol. Manakala QPR pula kehilangan Djibril Cisse untuk jentera serangan mereka namun berkemungkinan penjaring terbanyak mereka Heidar Helguson akan bermula di bangku simpanan setelah kembali pulih dari kecederaan.
Arsenal telah mencatatkan 8 perlawanan tanpa kalah. 7 kemenangan berturutan tetapi mungkin akan beraksi tanpa Laurent Koscielny yang dikatakan masih belum pulih. Apakah peristiwa Gervinho dilayangkan kad merah setelah diprovoke oleh Joey Barton akan berulang? Pundits menyatakan berkemungkinan besar pemain Arsenal akan dilayangkan kad dalam perlawanan ini.
Barisan jangkaan:
Jaringan jangkaan: QPR 0-4 Arsenal

Szczesny
Sagna - Djourou - Vermaelen - Gibbs
Song - Arteta
Walcott - Rosicky - Gervinho
RvP
Tiada ulasan: