UCL: Arsenal 3-0 AC Milan / Post-Match (Almost achieved miracle!)

Well played! Arsenal hampir melakukan keajaiban setelah merobek 3 gol pada separuh masa pertama. Keseluruhan pemain beraksi dengan cemerlang namun 1 gol yang dinantikan tidak hadir walaupun mendapat peluang tetapi tetap tidak menerjah gawang.

Seawal minit ke 7, Arsenal telah menggegar gawang AC Milan setelah Koscielny menanduk masuk hantaran dari sepakan sudut Chamberlain. Skuad Arsenal benar-benar mahukan kemenangan untuk mengatasi defisit 0-4 ketika tewas di San Siro pada perlawanan pertama.

Gol kedua hadir setelah Theo Walcott yang menggelecek cantik tetapi hantaran lintang yang tak kemas berjaya disepak keluar oleh pertahanan AC Milan namun ianya disambut oleh Rosicky yang membuat placing menjadikan kedudukan 2-0.

Asakan demi asakan dilakukan dan sesekali AC Milan membuat kejutan dengan serangan pantas tetapi Wojciech Szczesny cemerlang menjaga gawang Arsenal. Alex Oxlade-Chamberlain yang bermain sebagai perancang tengah menunjukkan betapa dia memiliki potensi yang besar dan lariannya serte gelecekan laju memperdaya pertahanan AC Milan.

Dua pemain pertahanan AC Milan terdesak untuk menyekat Chambo dan melakukan kesalahan yang memberikan tendangan penalti untuk Arsenal. RvP dengan yakin membuat rembatan kencang menewaskan Abbiati. Kedudukan menjadi 3-0 dengan agregat Arsenal 3-4 AC Milan.

Separuh masa kedua bermula dengan rentak yang sedikit berbeza dan beberapa peluang terhidang namun gagal disempurnakan oleh kedua-dua pasukan. Theo Walcott & Chambo dikeluarkan digantikan oleh Chamakh dan JY Park.

Apa pun, Arsenal telah menunjukkan peningkatan yang amat ketara apalagi dengan 3 perlawanan penting Arsenal telah menang. COYG!
Dikuasakan oleh Blogger.