Breaking

Arsenal #13 Wojciech Szczesny.. The Pole In The Goal!



Posisi penjaga gol adalah antara posisi yang sangat penting kepada mana-mana pasukan bolasepak dan untuk Arsenal posisi tersebut diisi oleh pemain muda daripada Poland, Wojciech Szczesny. Pemain tersebut yang mengenakan no 13 telah menjadi penyelamat untuk Arsenal dan tidak keterlaluan untuk menyatakan bahawa dia juga antara penyebab kebangkitan Arsenal!

Inilah posisi yang kerap mengecewakan para penyokong Arsenal beberapa musim kebelakangan ini. Walaupun memiliki jentera serangan yang mantap dan mampu menjaringkan gol, Arsenal kerap mengalami 'setback' apabila melepaskan gol mudah apabila diserang. Manuel Almunia yang pernah diberikan tanggungjawab tersebut gagal melaksanakan tugasan itu.

Walaupun Szczesny pernah melakukan kesilapan ketika perlawanan akhir Carling Cup musim lepas, para penyokong tegar Arsenal tetap mengharapkan pemain muda tersebut untuk terus meningkat. Kini harapan tersebut telah terbalas dengan aksi cemerlang Szczesny menjaga gawang Arsenal.


Kepercayaan tersebut menjadi lebih kukuh apabila Szczesny mempamerkan kematangan dan ketangkasan ketika menafikan tendangan penalti sewaktu menentang Liverpool. Bukan sekali tetapi dua kali menepis cubaan ke gawang yang berkesudahan dengan kemenangan pada minit akhir untuk Arsenal.

Kemampuan Szczesny mendominasi kotak penalti serta 'set-piece' dan membaca bola hantaran tinggi amat melegakan. Peningkatan prestasi Szczesny menenggelamkan Almunia dari kotak fikiran Arsene Wenger namun jersi no 1 Arsenal masih milik Almunia dan ianya mungkin untuk musim terakhir Manuel Almunia di Stadium Emirates.


Apapun, kemampuan Szczesny dan kehebatannya dengan jelas menunjukkan bahawa Arsene Wenger berjaya membentuk serta sekali lagi mencungkil berlian yang amat bernilai tanpa perlu berbelanja besar seperti pasukan lain.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.