Breaking

Rangkuman EPL: Arsenal terus cemerlang!

TUJUH! Kemenangan berturutan untuk Arsenal dan yang terakhir menjadi mangsa ialah Aston Villa. Prestasi skuad bimbingan Arsene Wenger terus memuncak sehingga mampu mendaki ke kedudukan 3 EPL. Ianya satu suasana yang mungkin mustahil ketika awal musim apabila Arsenal mengalami masalah akibat dari perpindahan beberapa pemain utama ke kelab lain.

Namun, sekali lagi Arsene Wenger membuktikan kemampuan membina kembali pasukan sehingga kini mencapai keputusan yang tak terduga. Semalam, Arsenal menang dengan penuh bergaya. Shay Given yang kebiasaannya kerap mengecewakan Arsenal oleh kerana prestasi cemerlang menjaga gawang akhirnya akur oleh kehebatan setiap pemain Arsenal.

Kieran Gibbs pun mampu melorongkan bola masuk pada sudut sukar. Theo Walcott pun menampakkan kematangan yang ketara. Sepakan percuma Mikel Arteta begitu sempurna menutup permainan yang hebat untuk Arsenal.

Apakah ianya satu yang pelik untuk Arsenal mengintai tangga kedua liga pula? Apa pun yang jelas kini beberapa pasukan lain begitu gerun untuk bertembung dengan skuad The Gunners yang benar-benar mengganas!

Keputusan sebelum ini:

Everton 0-1 Arsenal
Arsenal 3-0 Aston Villa

Beberapa berita yang kurang menyenangkan sedikit mengganggu kerana Koscielny dikatakan mengalami kecederaan tetapi mungkin tidak serius.

"If Arsenal score an early goal at The Emirates, they make the pitch nice and big and they make you chase after it and it's very difficult to come back from that." 
Matt Le Tissier 

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.