Tomas Rosicky kembali beraksi cemerlang!

Selepas tempoh masa yang penuh dengan kecederaan dan kehilangan rythm permainan, pemain tengah Arsenal telah berjaya meningkatkan prestasi untuk mengemudi barisan tengah skuad The Gunners.

Dengan prestasi yang memberikan inspirasi kepada rakan-rakan dan berjaya menggegar gawang AC Milan 3 kali, Rosicky benar-benar kembali beraksi sebagaimana yang diinginkan oleh setiap penyokong tegar Arsenal.

Walaupun Arsenal tewas secara agregat tetapi sebenarnya Arsenal telah menang moral dan ianya akan memberikan impak besar kepada momentum skuad The Gunners.

Tomas Rosicky yang dihantui dengan kecederaan panjang akhirnya tiba mengisi ruang yang telah dikosongkan oleh Fabregas. Ianya amat melegakan. Gelaran Little Mozart kini kembali disorak oleh penyokong Arsenal.
Dikuasakan oleh Blogger.