EPL: Arsenal 2-1 Newcastle / Post-Match (Theo Walcott mantap!)


Aksi yang begitu mendebarkan untuk para penyokong tegar Arsenal. Walaupun skuad Arsenal beraksi dengan kemas dan mengawal permainan, namun Newcastle terlebih dulu berjaya mendapatkan jaringan hasil rembatan kencang oleh Hatem Ben Arfa.

Tersentak dengan jaringan tersebut, The Gunners segera bangkit dan menyamakan kedudukan sejurus selepas itu apabila Captain Vantastic RvP menggegar gawang Newcastle setelah mendapat umpanan Theo Walcott. Prestasi Walcott kelihatan meningkat mendadak dan dia lebih tenang dalam mengawal bola dan membuat hantaran.

Beberapa peluang lagi hadir untuk Arsenal tetapi RvP gagal menyempurnakannya. Pada separuh masa kedua, Rosicky juga memperolehi peluang namun tersasar. Gervinho dimasukkan menggantikan Chamberlain yang sedikit tenggelam dan Ramsey menggantikan Rosicky.


Tim Krul yang berselisih faham dengan RvP berjaya menepis keluar bola tandukan Vermaelen. Pada minit kecederaan, hantaran lintang daripada Theo Walcott berjaya disudahkan oleh Vermaelen menjadikan kedudukan Arsenal 2-1 Newcastle. Kejayaan mendapatkan 3 mata penuh merapatkan perbezaan 1 mata dengan Spurs. Chelsea di kedudukan ke 5 dibezakan dengan 3 mata.
Dikuasakan oleh Blogger.