Breaking

Arsenal mahu teruskan rentak kemenangan bertemu Qarabag FK dan Petr Cech rehat sebulan!


Unai Emery akan memastikan Arsenal meneruskan rentak kemenangan selepas pasukannya menempuh perjalanan jauh untuk berdepan Qarabag di Azerbaijan bagi saingan Liga Eropah, awal pagi Jumaat ini.

The Gunners berjaya menebus dua kekalahan awal di bawah bimbingan pengendali dari Sepanyol itu dengan merakam kemenangan 2-0 ke atas Watford di Liga Perdana Inggeris, Sabtu lalu sekali gus menjadi kemenangan ketujuh musim ini.

Kemenangan kelapan dalam semua kejohanan itu nanti bakal menyaksikan Arsenal merekodkan rentak paling baik sejak 2015, dan bakal menempatkan mereka di kedudukan selesa untuk layak daripada Kumpulan E, selepas menumbangkan Vorskla dari Ukraine, 4-2.

Emery mahu pemainnya mendapat rehat mencukupi selepas menempuh perjalanan 4,000 kilometer ke Stadium Olympic di Baku yang bakal menjadi pentas final pada Mei tahun depan.

Penjaga gol, Petr Cech diketepikan sebulan selepas kecederaan hamstring, manakala tonggak utama, Henrikh Mkhitaryan mungkin tidak beraksi berikutan isu politik antara Azerbaijan dan negara kelahirannya, Armenia.

Semua isu itu menyebabkan Mkhitaryan tidak menyertai bekas pasukannya, Borussia Dortmund mengharungi Liga Eropah di Azerbaijan pada Oktober 2015 - dengan kelab dari Jerman itu membuat keputusan atas faktor keselamatan.

***

Ulasan Acik:

Berkemungkinan besar Unai Emery akan rehatkan ramai pemain utama. Dah la kena travel jauh, selang beberapa hari ada game lagi.

Apa pun kita mengharapkan kemenangan selesa. The Gunners perlu rodok gawang Qarabag awal-awal. Kan?

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.