(Video Highlight) Friendly Fulltime: Arsenal 0-3 Chelsea, Skrip biasa untuk para gooners! Kalah & malu.


Acik mulakan posting kali ini dengan rasa bosan ala-ala macam bagus poyo tak tentu hala dengan prestasi skuad Arsenal. Friendly pun boleh lungkup 3 bijik. Apa ke jadahnya semua ni?

Dah la bolos 2 bijik in a short time. Macam biasa je kan? Nothing to suprise about it. Lepas tu bila start je 2nd half, kena lagi sebijik. Kepala dungga bapak dialah! Pak Wenger ni kalau dah nyanyuk.. Sila pergi duduk rumah pengasih, rumah jagaan orang-orang tua nak mampus tak sedar diri untuk Wengerisme.

Acik takdelah put high hopes pun untuk game ni. Friendly aje kan? Tapi biasalah.. Kalau kau dah sokong Arsenal, maka kau kenalah banyak bersabar. Itu pun Acik nak ajar ke?

Kalau kau tak boleh sabar.. Kau gi mana-mana team lain. Asal menang je kau sokong. Boleh? Tapi standardlah. Bengang tetap bengang dengan bebalnya Pak Wenger ni. Acik pun dah naik muak nak cakap pasal tua gila ni. Ramai kawan-kawan Acik yang ambik keputusan untuk berhibernasi sehingga rejim Pak Wenger berambus.

Udah macam beruang pulak Acik nengok.

Takpelah. Nak buat macam mana kan? Masing-masing ada cara dan penerimaan tersendiri. Untuk game friendly ni korang tengoklah highlight ye.



Sian Acik streaming. Takde pekdoh! Tapi kesian jugaklah kat Pedro tadi kena tunjal dengan Ospina. Memang berpinar dia. Keluar terus dari game. Telinga dengan hidung berdarah!

Lacazette nampak hilang punca. Macam tak konfiden je Acik nengok dia. Masuk abam Giroud, macam okay sikitlah. Entahlah labu! Terima kasihlah sudi baca Acik membebel ni.

P/s: Tadi Acik ada baca news pasal Sanchez. PSG offer £35m untuk beli. Punya hanat! Murah tu beb. Kau offer la 70/80 juta.. Ada gak senyum si tua kambing tu.
Dikuasakan oleh Blogger.