China Tour 2017: Bayern Munich 1-1 Arsenal, The Gunners menang melalui penentuan sepakan penalti


Magik.. Apakah musim 2017/2018 bakal bawa nafas juara yang ditunggu-tunggu? Mungkin inilah yang kita impikan selama ini. Arsenal akhirnya berjaya menundukkan pasukan badi Bayern Munich secara penentuan penalti untuk perlawanan piala entah apa kat Shanghai tu. Malas pulak Acik nak pi carik info dia. Kahkahkah!

Inilah pasukan juara yang kita mahukan.
Tapi nanti dulu.

Phui!



Lek lu kawan-kawan. Jangan gelojoh sangat.. Rata-rata Acik tengok Arsenal kena buli dengan Bayern Munich. Entah apa yang merasuk Petr Cech, dia punya saves dalam game ni memang world. Kalau tak.. Sayur lunyailah Arsenal jawabnya.


Lewandowski nak main bola ke nak meramas? - Elnenen

Selepas Lewandowski score penalti pada minit ke 9, The Gunners teruk kena asak. Petr Cech kalau boleh terus perform macam tu masa main liga nanti, memang menjuih bibir Acik kesyahduan. Ada sekali tu Mesut Ozil bagi thru pass sikit punya cantik kat Lacazette.

Tapi beliau si Laca berjaya mentidakjaringkan gol.

Pada minit ke 90, Alex Iwobi berjaya menyamakan kedudukan melalui tandukan cantik menewaskan penjaga gol Bayern Munich. Untuk penentuan penalti pulak si Emi Martinez pulak yang perform. Iyalah nak harapkan Petr Cech memang ke lautlah bila penalti. Setakat ni belum ada sepakan penalti yang berjaya diselamatkan oleh Cech untuk Arsenal.

Emi Martinez berjaya mengecewakan 2 pemain Bayern Munich. Dan sorang lagi pi sepak kena palang. Udahlah.. Tengok video highlight aje ya :)




Dengarnya skuad Arsenal di Shanghai mengalami masalah keracunan makanan terutamanya Oliver Giroud dan Per Mertesacker. Manakala Walcott, Kolasinac dan Ramsey juga dikhabarkan mengalami masalah yang sama cuma tak teruk sangatlah ciritnya tu. Kahkahkah! 

Kebanyakan pemain alami cibit ribit cair. Sekejap-sekejap nak memerot! Kentot pun meleleh keluar cair je.. Haha! Sian! Makan lagi entah natam apa kat Shanghai tu.

Kau bayangkan..
Macam mana nak sepak bola? Nak hayun kaki je tercirit. Cair pulak tu! Meleleh habis kat stokin dan masuk pulak kat kasut. Kahkahkah! Sebab tulah Iwobi tanduk bola baru dapat score :)


Moga lekas sembuh.. Tu lah lain kali jangan makan pelik-pelik kat China tu.

Lagi pun perubahan cuaca juga main peranan. China ketika ini 36 darjah selsius, panas woi! Dan The Gunners dari Australia yang sedang alami musim sejuk sekarang ni. Tekojut la bodi tu.
Dikuasakan oleh Blogger.