Breaking

Pre-Match Arsenal vs Stoke City


Selepas mengalami kekalahan dalam perlawanan EFL tempohari, Arsenal meneruskan lagi cabaran musim ini di Premier League dengan menewaskan West Ham penuh bergaya sambil Alexis mencetak hatrik dan ianya diteruskan dengan kemenangan perlawanan terakhir dalam kumpulan A Champions League. 




Ia juga penuh style apabila menundukkan Basel dan Lucas Perez pula mencetak hatrik sambil PSG hanya mampu seri di Paris kepada Ludogorets.



Minggu ni Stoke City pula jadi seteru yang perlu Arsenal tundukkan. Dalam masa spekulasi kontrak Alexis Sanchez dan Mesut Ozil yang makin panas ni, Arsenal perlu terus konsisten dan meneruskan langkah juaranya.

Acik agak risau juga sebenarnya.

Musim ini Arsenal agak rapuh di gelanggang sendiri. Statistik away lagi gah! 64% gol yang membolosi Arsenal adalah di Stadium Emirates. Acaner tu?





Stoke City pula terkenal dengan corak permainan keras dan fizikal. The Gunners perlu menggunakan kelebihan teknikal dan kelajuan counter-attack untuk mendapatkan keputusan yang positif.

Persiapan

Beberapa pemain masih cedera. Per Mertesacker sudah mula berlatih di padang tetapi belum cukup cergas untuk diturunkan malah berdasarkan prestasi semasa, Mertesacker mungkin berada di pecking order ke 4.



Arsenal juga sudah menunjukkan perubahan positif sejak ketiadaan Santi Cazorla yang merupakan anchor bahagian tengah yang cukup prolifik untuk menukar tempo permainan dari bertahan kepada menyerang dengan lancar. Hector Bellerin juga masih belum pulih dan Welbeck turut masih menerima rawatan.

Paling Acik kesian ialah Debuchy. Dia beraksi cukup mantap untuk tempoh 15 minit sebelum kembali cedera. Acik suka tengok dia bermain untuk Newcastle dan gembira bila dia memilih untuk sertai Arsenal tetapi nasibnya memang tak bertuah di Arsenal.

Di pasukan Stoke City pula khabarnya ramai pemain utama mereka masih terlentang cedera. Ryan Shawcross, Ibrahim Affelay, Jack Butland dan Stephen Ireland memang takde chance. Arnautovic juga belum cukup cergas.

Ini semua tanda positif untuk Arsenal.

Line-up Jangkaan




Petr Cech
Gabriel - Mustafi - Koscielny - Gibbs
Coquelin - Xhaka
Walcott - Ozil - Chamberlain
Alexis

Gibbs mungkin akan diberikan peluang memandangkan aksi semasa di UCL yang lepas. Dia punca ke 3 gol oleh Lucas Perez. Dan adakah Lucas Perez juga akan diberikan peluang? Semua tu kena tunggu Pak Wenger decide nanti.

Score? Arsenal 2-0 Stoke City



Korang nak tengok livestream ke? Kalau nak nanti Acik try setup kat sini. Respon ya!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.