Breaking

Fulltime EPL: Everton 2-1 Arsenal, Selepuk! Kecewa beb. + Video Highlights


Sorrylah Acik ta kuad. Kali ni Acik review lambat dan memang tak panjang. Puncanya sebab Acik tak tengok pun match tu. Tegarlah sangat kan?

Bukan Acik tak bangun.. Acik masih berjaga jam 5am. Acik ada kerja yang perlu diselesaikan.. Biasanya Acik akan buat kerja sambil-sambil tengok match kat monitor sebelah tapi apakan daya..

Internet Acik ke laut pagi tadi.

Entah apa punya hamjad router ni tak boleh nak online pulak. Bengang betul. Last-last Acik intai livescore kat tepon aje. Tegar sangat!

Lebih memeritkan lagi bila tengok result berkesudahan 2-1. Kena rompong last minit. Kepala timun sungguh! Hawau lahabau hanat. Ini adalah kekalahan kedua Arsenal di EPL selepas tewas mengejutkan semasa perlawanan pembukaan menentang Liverpool.

Acik review ni pun dari report orang lain.

Dua gol bolos dari tandukan! Entahlah.. Nanti Acik tengiok lagi match highlight. Mana preserverance nih. Aduhaiii.


Apa yang Acik boleh cakap.. Mustafi injured.. Arsenal kalah. Phui! Gandingan Koscielny & Mustafi belum pernah kalah lagi.

Kata Pak Wenger, kekalahan ini adalah kesalahan dari pemain dan mereka perlu bertanggungjawab untuk kembali melonjakkan prestasi semula.

Memang ada beberapa peluang keemasan tetapi gagal disempurnakan oleh Ozil dan Iwobi. Keep up the spirit and have faith guys. COYG!

Lepas ni Manchester City menunggu di Etihad.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.