Fulltime EPL: Arsenal 3-1 Stoke City, Mustafi injured 3 minggu!
Perlawanan yang berkesudahan positif untuk Arsenal. Permainan nampak lebih memihak kepada Arsenal hinggalah Shkodran Mustafi mengalami kecederaan. Hector Bellerin dimasukkan walaupun baru sahaja pulih manakala Gabriel beralih ke bahagian tengah pertahanan Arsenal.
The Gunners bermula agak garang dan agresif, Arsenal secara tiba-tiba tersentak apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada Stoke City selepas Joe Allen dikasari oleh Granit Xhaka.
Pada minit ke '29 Charlie Adam menyempurnakan sepakan penalti tersebut membuatkan Arsenal ketinggalan. Petr Cech setakat ini belum pernah menyelamatkan sepakan penalti sejak menyarung jersi Arsenal.
Walaupun begitu, respon dari The Gunners adalah lebih agresif namun tiada penyudah yang berjaya menemui gawang gol Stoke City. Hector Bellerin membuat beberapa larian dan hantaran silang, dia kelihatan macam tak pernah cedera pun! Hebat.
Hinggalah ke minit '42 hantaran silang Bellerin berjaya Walcott kuis ke gol Stoke City memberikan jaringan penyamaan sejurus sebelum rehat separuh masa pertama. Arsenal lebih banyak mengawal tempo permainan dan mendominasi perlawanan.
5 minit selepas separuh masa kedua bermula, Arsenal berjaya mendapatkan satu lagi gol hasil tandukan Mesut Ozil selepas berjaya mencuri ruang di belakang pertahanan Stoke City. Umpanan oleh Alex Oxlade-Chamberlain yang perfect membuatkan penjaga gol Stoke City tergamam untuk membuat apa-apa. Gila kau Mesut Ozil tu!
Peter Crouch dimasukkan dan hampir saja menjaringkan gol melalui tandukan. Tindakan refleks pantas oleh Petr Cech menafikan jaringan tersebut. Terkezut Acik!
Keadaan hujan renyai di Stadium Emirates langsung tidak mengganggu kelancaran permainan Arsenal. Minit ke 75 satu lagi gol berjaya dicetak oleh Alex Iwobi hasil assist sambil terbongkang kena bentes oleh Alexis Sanchez menjadian kedudukan Arsenal 3-1 Stoke City. Terbaik!
Giroud dimasukkan tetapi kali ni gagal untuk menjaringkan sebarang gol. Kesian abam Giroud! Arsenal menguasai 64% permainan, 6 shot on target dan 6 shot off target.
** Update:
Dengarnya Shkodran Mustafi perlukan sekurangnya 3 minggu untuk pulih dari kecederaan hamstring. Sekarang ni tengah pack schedule pulak tu.
Tapi Gabriel tadi nampak very confident dan steady. Rob Holding & Per Mertesacker pun dah ada. Inilah pentingnya untuk mempunyai skuad depth yang boleh ganti pemain yang cedera.
Arsenal top of the table for the time being and Manchester City was trashed 4-2 by Leicester! Kahkahkah what a great weekend. Sleep tight guys!
- Acik

Tiada ulasan: