EPL: Stoke City vs Arsenal / Pre-Match (Pertembungan penting!!)
Ketika ini Arsenal menduduki tangga ke 3 EPL tetapi dalam keadaan yang amat berisiko sekiranya gagal mendapatkan 3 mata penuh dalam perlawanan menentang Stoke City. Dengan kegagalan merebut peluang menundukkan Chelsea tempohari, Arsenal mengalami defisit yang begitu mengecewakan.
Newcastle, Chelsea dan Spurs memiliki kelebihan 1 perlawanan dan sekiranya Arsenal gagal menang maka berkemungkinan Arsenal akan jatuh ke tangga ke 5 EPL. Ini menggugat peluang untuk layak ke UCL musim depan. Skuad The Gunners perlu memastikan sekurang-kurangnya 6 mata daripada 3 perlawanan terakhir namun berdasarkan prestasi semasa ianya sangat merisaukan.
RvP perlu kembali ke prestasi terbaiknya untuk merobek gawang Stoke City serta menjarakkan diri daripada Wayne Rooney yang hanya berbeza 1 jaringan dalam perebutan untuk Anugerah Kasut Emas. Stoke City seperti biasa merupakan sebuah pasukan yang amat liat untuk dikalahkan dan mereka mengamalkan corak permainan keras apatah lagi ianya akan berlangsung di gelanggang mereka sendiri.
Barisan jangkaan:
Szczesny
Sagna - Koscielny - Vermaelen - Gibbs
Song - Rosicky - Diaby
Chambo - RvP - Gervinho
Jaringan jangkaan: Stoke City 0-2 Arsenal