Breaking

EPL: Arsenal vs Chelsea / Pre-Match (London Derby! Remember the day CHEL53A?))

Barcelona failed to score in Stamford Bridge during their UCL semifinal clash with Chelsea.
Hari Sabtu nanti perlawanan seawal 7.45mlm akan berlangsung pertembungan antara skuad Arsenal menentang Chelsea di Stadium Emirates. Penulis yakin pasti ramai antara kita yang masih segar dengan memori menundukkan Chelsea dengan jumlah jaringan 5-3 di Stamford Bridge. Ianya satu lakaran kemenangan penuh bergaya untuk The Gunners.

Kali ini, pertembungan berlaku sekali lagi di Stadium Emirates. Prestasi Chelsea sedang memuncak ketika ini setelah berjaya menundukkan Spurs dan yang terbaru Barcelona. Dengan penyingkiran AVB diganti oleh Roberto Di Matteo sebagai pengurus sementara, mentaliti serta semangat pemain Chelsea kembali melonjak hinggakan berjaya merekod kemenangan demi kemenangan.

Arsenal yang dikecewakan oleh Wigan pada hari Selasa lepas pastinya mahu kembali bangkit untuk mengutip 3 mata penuh. Namun ianya sedikit terganggu dengan isu kecederaan Mikel Arteta yang menjadi antara faktor penting dalam menjana gerakan Wengerball serta kental berganding bersama Alex Song menyerap dan mengekang serangan lawan.

Arsene Wenger mempunyai pilihan terhad untuk mengisi ruang tersebut. Calon yang kerap diturunkan ialah Ramsey tetapi prestasi yang huru-hara kerap menjadi bahan cemuhan penyokong Arsenal. Mungkinkah Alex Oxlade-Chamberlain akan diberikan peranan tersebut? Namun Chambo kurang berpengalaman dari segi pertahanan untuk mengekang asakan. Koscielny akan kembali beraksi di pertahanan tengah setelah menjalani penggantungan 2 perlawanan akibat mengumpul 10 kad kuning.

Apakah Arsene Wenger akan mengubah formasi pasukan untuk beraksi 4-4-2 dengan gandingan RvP dan PCY? Hanya tinggal beberapa perlawanan saja untuk saingan musim ini dan Arsenal perlu terus mengumpul 3 mata untuk kekal di tangga ke 3.

Barisan jangkaan:
Szczesny
Sagna - Koscielny - Vermaelen - Santos
Song - Rosicky - Ramsey
Walcott - RvP - Gervinho

Jaringan jangkaan: Arsenal 2-0 Chelsea

Beberapa lokasi telah dipilih oleh para penyokong tegar Arsenal untuk berkumpul pada perlawanan kali ini. Antara lokasi pilihan ialah Iskandarates, Emiroutes 69, AFC Corner dan Deqwan Burgerates. Yang pastinya tak kira dimana kita menyaksikan perlawanan tersebut, SORAK dan LAUNGAN untuk ARSENAL akan bergema!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.