Breaking

EPL: Arsenal 1-2 Wigan / Post-Match (Arteta cedera!)

Arsenal dikejutkan oleh dua jaringan awal daripada Wigan hasil daripada Franco Di Santo dan Jordi Gomez. Ianya berlaku akibat beberapa pergelutan yang tidak memihak kepada The Gunners. Gol kedua hadir ketika ruang tengah agak longgar apabila Arteta dibawa keluar oleh kerana kecederaan.

Saat tersebut menjadi titik tolak terhadap kesinambungan serta dinamika pasukan Arsenal. Dengan ketiadaan Mikel Arteta, ruang tersebut digantikan oleh Aaron Ramsey namun gagal memberikan impak yang dimahukan.

Alex Song terpaksa berhempas pulas untuk menutup ruang tengah seorang diri. Ini merupakan kekalahan kedua Arsenal dalam 10 perlawanan terakhir. Pasukan bawahan yang cuba untuk terus survive di EPL nampaknya mendatangkan badi kekalahan untuk skuad The Gunners.

Yang lebih merisaukan ialah kecederaan Mikel Arteta. Semoga ianya hanya kecederaan yang minor dan mampu sembuh sebelum perlawanan menentang Chelsea hujung minggu ini.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.