Kieran Gibbs tambah runsing Prof. Wenger
Dilaporkan bahawa pemain fullback kiri Arsenal, Kieran Gibbs mengalami masalah sewaktu proses pemulihan dan memerlukan lebih masa untuk kembali cergas. Ini menambahkan tekanan terhadap Prof. Wenger dalam mencongak strategi kerana ketiadaan natural fullback kiri dan kanan ketika ini merencatkan serangan Arsenal. Kesan itu dapat dilihat dengan jelas sewaktu perlawanan menentang Manchester City tempohari.
Posisi fullback kiri diisi oleh Vermaelen manakala fullback kanan diisi oleh Djourou dan kekurangan larian overlap sedikit sebanyak memberi kesan terhadap potensi serangan yang dilakukan. Kata Prof. Wenger:
“He will see a specialist again and if something happens there that he has had a real setback then we could (go in to the loan market), possibly, yes,Khabar angin menyatakan Prof. Wenger akan mendapatkan khidmat Wayne Bridge untuk mengisi kekosongan tersebut secara pinjaman. Dengan Djourou yang juga mengalami kecederaan, musim ini bahagian pertahanan Arsenal kembali dihantui oleh faktor kecederaan sehinggakan mengganggu formasi serta prestasi The Gunners.
“That’s what we are doing. We are starting to look at players if Gibbs is not back.”
Tetapi khabar baik untuk gooners sekalian kerana Bacary Sagna telah pulih daripada kecederaan dan sedang memulakan proses mengembalikan stamina namun ianya memerlukan masa.
Tiada ulasan: