EPL: Wigan 0-4 Arsenal / Post-Match (The Iskandarates Experience!)
4 bijik! Wigan diberikan tunjuk ajar bagaimana untuk bermain bolasepak cara Wengerball! Sebelum tu penulis minta maaf kerana tiada artikel dan ulasan pre-match untuk perlawanan kali ini. Penulis pulang ke kampung halaman atas urusan peribadi.. Penulis juga cuba untuk menyertai rakan gooners di Iskandarates namun tiba agak lewat dan Iskandarates penuh! Tapi tetap happening dengan laungan-laungan semangat.. okay back to the topic.
Kemenangan terhadap Wigan Athletic adalah yang ke 8 dalam saingan EPL dan meneruskan unbeaten run. Walaupun Wigan cuba memberikan debaran pada peringkat awal permainan dengan beberapa tetapi ianya tidak memberikan sebarang makna.
Arsenal memulakan pesta gol dengan rembatan kencang oleh Mikel Arteta dari luar kotak penalti hinggakan Al-Habshi tak mampu untuk menampan. Beberapa minit selepas itu Arsenal diberikan sepakan sudut yang diambil oleh kapten RvP dan ditanduk dengan sempurna oleh Thomas Vermaelen menjadikan kedudukan 2-0.
Gol ketiga hadir apabila Alex Song bermain 1-2 dengan RvP sehingga ke dalam kotak penalti dan rembatan RvP ditepis oleh Al-Habshi tetapi Gervinho ada diposisi yang tepat untuk menyumbatkannya ke gawang Wigan. Kapten fantastic RvP menyempurnakan gol keempat Arsenal apabila dengan mudah merembat ke gawang hasil hantaran daripada Theo Walcott.
Pujian patut diberikan kepada penjaga gol Wigan, Ali Al-Habshi berjaya menafikan banyak cubaan berbahaya The Gunners. Wigan sesekali cuba mengacah gawang Arsenal tetapi barisan pertahanan The Gunners beraksi dengan baik serta memiliki kesefahaman dengan penjaga gol Wojciech Szczesny. Secara keseluruhan kesemua pemain beraksi cemerlang menunjukkan bahawa keserasian telah membuahkan hasil yang diingini oleh semua penyokong tegar Arsenal.
P/S: Maaf atas kelewatan update. Penulis masih bercuti di Shah Alam.
Tiada ulasan: