Breaking

Lucas Perez! Ketahui beberapa perkara menarik mengenai pemain ini.


Selepas dikhabarkan gagal mendapatkan tandatangan Jamie Vardy dan Alexandre Lacazette, Pak Wenger berjaya mendapatkan Lucas Perez. Itu pun katanya Pak Wenger hijack dari Everton yang memang beriya mahukan Lucas Perez ni.
.
Pemain Sepanyol late bloomer ni pernah beraksi untuk Rayo Vallecano, Karpaty Lviv & PAOK selain Deportivo La Caruna. Musim lepas Lucas Perez berjaya menjaringkan 17 gol di La Liga adalah merupakan seorang pemain penyerang yang versatile. Boleh dikatakan dia pandai cari ruang dan selalu berada di tempat yang betul untuk score.
.
Perez juga ada dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona bulan lepas. Perez adalah Jamie Vardy versi Sepanyol yang jenis tak reti penat dan sangat bertenaga.
.

Walaupun Deportivo La Caruna menduduki tangga ke 15 di La Liga tetapi Perez tetap menyerlah sebagai top scorer pasukan malah mempunyai 10 assist. Sebagai pemain yang lambat menyerlah (late bloomer) Perez mempunyai pengalaman bermain di pelbagai liga seluruh Eropah. Pengalaman ini sangat penting dan mampu menjadikan Arsenal lebih tajam di bahagian serangan.
.
Acik kongsikan 10 perkara yang patut kita tahu pasal Lucas Perez Martinez ni. Teruskan membaca ya!
.
1) Ketinggian pemain ini ialah 1.81m atau 5 kaki 11 inci. Just nice la ni. Lebih kepada pemain lincah tapi bukan target man macam Giroud.
.
2) Memulakan karier remajanya di liga rendah Sepanyol antara pasukan Alaves, Montaneros dan Ordenes. Confirm korang tak pernah dengar nama team ni kan kan kan!
.
3) Menyertai team Atletico Madric C pada tahun 2007. Team C wey! Bukan team B.. Kalau A lagilah!
.
4) Dua tahun lepas tu dia join Rayo Vallecano dan bermain dalam pasukan reserve mereka sebelum dilepaskan sebagai free agent pada Januari 2011. Perghhh! Tak laku beb.
.
5) Pasukan bola Karpaty Lviv dari Ukraine ambil Lucas Perez dan kemudian dipinjamkan ke Dynamo Kyiv. Pengalaman ngeri kata Lucas Perez!
.
6) Pada musim panas 2013, Lucas Perez sertai pasukan PAOK dari Greece tetapi gagal memikat pengendali pasukan seterusnya menyertai Deportivo secara pinjaman. Di sinilah segalanya berubah untuk Lucas Perez.
.
7) Permainan Lucas Perez tiba-tiba menjadi lebih hebat di Deportivo walaupun secara keseluruhannya kelab tersebut menuju ke dasar liga. Deportivo berjaya mendapatkan tandatangan Lucas Perez!
.
8) Lucas Perez belum pernah bermain untuk negaranya, Sepanyol!
.
9) Walaupun lebih cemerlang sebagai penyerang, Lucas Perez mampu bermain sebagai playmaker dan memberikan hantaran cantik untuk membuka ruang jaringan.
.
10) Lucas Perez menyamai rekod lagenda Brazil di Deportivo. Bebeto yang pernah menjuarai piala dunia 1994 adalah pemegang rekod jaringan 7 kali perlawanan secara berturutan untuk Deportivo.
.
Apa yang boleh kita pelajari dari Lucas Perez? Simple je! Kau jangan putus asa untuk berusaha! Walaupun orang lain umur tak sempat 20 lagi tapi dah beraksi berkali-kali untuk negara dan pasukan top, Kau teruskan je! Nanti bila kau dah cukup matang dan perform maka turn kau akan sampai.
.
Perghh! Acik dah macam pakar motivasi. Kahkahkah!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.