Breaking

Ozil catat hatrik professional pertamanya ketika Arsenal menewaskan Ludogorets 6-0

Maaflah dah lama sangat acik tak update blog. Gila babas sibuk kerja wey! Acik tengok semua match Arsenal walaupun sambil kerja tapi nak update tu tak menyempat! Sorry ye. Apa pun kembali kepada topik kali ni tentang Mesut Ozil yang berjaya merekod kecemerlangan hatrik semasa perlawanan kumpulan UCL. Musim kali ni memang Ozil nampak berbeza.

Jika musim-musim sebelum ini Ozil lebih kepada peranan assist dan mencipta ruang jaringan tetapi kali ini Ozil lebih agresif untuk menjaringkan gol.

Ia terbukti apabila akhirnya Ozil berjaya menjaringkan gol hatrik pertamanya dalam karier professional.

Ini juga mengukuhkan status Ozil sebagai pemain penting dan mungkin akan jadi lagenda pasukan sekiranya dia terus bermain di Arsenal. Walaupun begitu, ura-ura terbaru tentang kontrak pemain tersebut agak panas apabila Ozil dikatakan menuntut gaji sehingga GBP250k seminggu. Ini mendapat maklum balas dari Arsene Wenger yang mahukan pemain bolasepak moden lebih menghormati permainan tersebut berbanding soal gaji semata-mata.

Kehadiran Mesut Ozil dalam skuad Arsenal yang mempunyai persefahaman tinggi dengan Alexis Sanchez ternyata penting untuk terus memberikan bisa kepada The Gunners. Walaupun Arsenal bermula dengan kekalahan di tangan Liverpool pada awal musim, semua itu sudah berubah dan kini Arsenal antara pasukan yang kembali digeruni.

Dengan isu kecederaan Aaron Ramsey, ketiadaan Jack Wilshere yang dipinjamkan, Welbeck dan Mertesacker tetapi semua itu tidak signifikan pada musim ini. Kalau season lepas, memang menggelupurlah Arsenal nak maintain performance lawan team kental. Kadang tu lawan team ayam pun Arsenal kembali diayamkan.

Diharapkan Ozil akan terus menyuntik kreativiti untuk kesebelasan skuad Arsenal. Alexis pun nampaknya semakin selesa dengan peranan striker. Laju beb! Ditambah pula kombinasi Walcott yang kembali memuncak, Bellerin pun laju! Perhhh.. Defensive pun mantap apabila Koscielny digandingkan dengan Mustafi. Cuma right full back nampaknya belum cukup mantop. Nacho Monreal belum peak.. Untunglah ada Gibbs cover.

Okaylah cukup sampai sini dulu acik membebel. Till we meet again! COYG! Nah tengok video hatrik Mesut Ozil. Gol no 3 first timer dia perfect beb! Tapi masa score untuk Swansea hari tu memang superb. First timer jugak :)


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.