Highlights Arsenal Legends 4-2 Milan Glorie, Banyak kisah dan kenangan!


Kanu menjadi hero hatrik untuk perlawanan kali ni di Stadium Emirates. Walaupun hanya sekadar perlawanan persahabatan untuk mengumpul dana The Arsenal Foundation, ianya tetap perlawanan yang menghiburkan dari kedua-dua pasukan.
.
Memanglah kalau korang tengok player ni ramai yang dah bulat-bulat belaka macam Acik. Tapi skill masih lagi ada dan mampu membuat larian berbahaya.
.
Tengok je Ljungberg yang masih berbisa. Ini diseimbangkan juga oleh Pires, Petit dan Kanu selain daripada Hoyte serta Toure yang memang mantop. Acik memang senyum je sepanjang perlawanan. Seronok wey imbau semula The Invincibles era.
.
Tapi ada jugak kontroversi berlaku!
.
Pengunduran Thierry Henry dan Dennis Bergkamp membuatkan para penyokong kecewa dan ada yang meminta agar refund kembali tiket mereka. Mana tak bengang! Mula-mula tu kata dua player legend ni ada main tapi last minute mereka menarik diri.
.
“Sadly I will be unable to play in the Arsenal legends game due to my new commitments with the Belgium national team. I was looking forward to being reunited with the Arsenal fans, old friends and of course helping raise money for a worthwhile cause. I wish the boys every success and hope the team can secure a victory in my absence!” - Thierry Henry
.
Antara puncanya ialah Henry sedang menggalas tanggungjawab dan komitmen untuk melatih pasukan Belgium. Manakala Bergkamp pula dikhabarkan ada tugasan berkaitan Ajax Amsterdam. Takpelah! Nak buat cemana..
.

Ini ialah antara barisan Arsenal Legends:
Jens Lehmann, David Seaman, Martin Keown, Marc Overmars, Ray Parlour, Emmanuel Petit, Pascal Cygan, Gilberto, Nigel Winterburn, Kolo Toure, Robert Pires, Freddie Ljungberg, Anders Limpar, Gilles Grimandi and Kanu.
.
Dan ini pula Milan Glorie:
Christian Abbiati, Dida, Cafu, Paolo Maldini, Demetrio Albertini, Alessandro Costacurta, Paolo Di Canio, Marcel Desailly, Daniele Massaro, Marco Simone, Angelo Carbone, Dario Simic, Giuseppe Favalli, Kakhaber Kaladze, Zvonimir Boban, Massimo Ambrosini, Stefano Eranio, Giuseppe Pancaro, Ibrahim Ba, Serginho and Christian Vieri.
.
Acik rasa tak perlu nak ulas perlawanan kot :) Korang tengok je highlight ni ya. Ray Parlour injured seawal minit ke 3. Kahkahkah! Orang dah tua, gitulah. Secara ringkasnya 3 gol jaringan Kanu, 1 gol oleh Pires manakala Christian Vieri score 2 untuk Milan Glorie. Jens Lehmann hampir-hampir dapat menafikan gol kedua Milan Glorie apabila dia berjaya menepis sepakan penalti Vieri tetapi kuisan follow-up tidak dapat dihalang.
.
.

Ada satu insiden di mana Nigel Winterburn telah membentes Di Canio dan kemudian Di Canio membalas semula, Winterburn pun jatuh ala-ala manja gitu sambil ref pun ketawa sama.
.
Dalam perlawanan ni, pemain keluar masuk silih berganti berkali-kali. Marc Overmars yang bermain 30 minit pada separuh masa pertama bertegas mahu masuk semula pada separuh masa kedua. Katanya, "Bukan selalu dapat beraksi untuk Arsenal!" Macam nak menitis Acik dengar. Truly gunners! Sayang gila dia dengan Arsenal ni.
.

Bila tengok Emmanuel Petit pulak, Acik nampak dia stylo habis dengan rambut panjang dia. Zaman sekarang ni mana ada player Arsenal yang rambut panjang! Semua skema sopan santun penuh tertib. Ada Lord Bendtner hari tu nak buat gak stylo tapi main bola macam taik! Mana nak jadi beb!

All the best to the legends of Arsenal. May you live happy and long!

So amacam? Korang puas hati ke dapat tengok legend beraksi semula? Lepas ni nak tembung dengan Southampton pulak untuk current Arsenal team. Mustafi dan Perez dah dapat. Hopefully dapat ngam dengan cepat dan perform to the best.. Tahun ni kita punya la wey!

Dikuasakan oleh Blogger.