Breaking

Gabriel Paulista sah jadi milik Arsenal

Gambar dari Arsenal.com
Pemain pertahanan terbaru dari Villareal telah menandatangani kontrak dengan Arsenal. Gabriel atau nama penuhnya Gabriel Armando de Abreu berusia 24 tahun berasal dari Brazil merupakan seorang pemain pertahanan yang versatile kerana mampu juga beraksi di full back kiri atau kanan.

Walaupun secara umumnya kurang dikenali namun Arsene Wenger memang terkenal atas kemampuannya mendapatkan pemain berkualiti walaupun tidak ternama. 

Perkara serupa yang berlaku terhadap Laurent Koscielny yang sememangnya tidak dikenali tetapi prestasi Koscielny terbukti membuatkan ramai yang menyanjungi beliau kini. Diharapkan Gabriel memberikan prestasi terbaik untuk membantu skuad Arsenal menjadi lebih mantap di bahagian pertahanan.



p/s: Blog #ARSENALTEGAR berwajah baru. Lebih dinamik sempena tahun 2015 dan kecemerlangan Arsenal :) sekiranya anda berminat untuk menghantar artikel dan menjadi sebahagian dari #ARSENALTEGAR, sangatlah dialu-alukan.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.