Breaking

EPL Match Preview: Arsenal vs Aston Villa

Sumber: Arsenal.com
“We know we are in an important period of the season where our commitment needs to be at the top level. Now consistency will decide our future. That’s why this game against Villa is important.” - Arsène Wenger
Perlawanan yang dinanti-nantikan sama ada Arsenal akan terus menunjukkan taring atau gagal membenam Aston Villa selepas mempamerkan prestasi mengkagumkan dalam dua perlawanan sebelum ini.

2015 memberikan senyuman buat penyokong Arsenal kerana ketika ini sudah mencapai 4 kemenangan berturutan. Cabarannya adalah untuk memastikan pencapaian itu dilebarkan lagi.

Selepas menggegar Stadium Etihad dan memalukan Manchester City digelanggang keramat mereka, Arsenal hampir terkulai ditangan Brighto & Hove Albion sewaktu perlawanan FA Cup namun jelas pemain Arsenal mempunyai ketahanan mental untuk bangkit dan terus melawan.

Sumber: Mirror.co.uk
Tomas Rosicky memberikan impak super positif dan mencurahkan inspirasi kejayaan buat The Gunners. Dengan kembalinya beberapa pemain dari kecederaan, Arsene Wenger mempunyai pilihan untuk menggabungkan serta merangka strategi terbaik menundukkan Aston Villa.

Gabriel yang baru menyarung jersi Arsenal mungkin akan diletakkan di bangku simpanan manakala Alexis Sanchez perlu melalui ujian kecergasan pada saat akhir kerana isu hamstring. Danny Welbeck masih belum pulih sepenuhnya manakala Mesut Ozil telapun mencapai kecergasan 100% berkemungkinan besar akan digandingkan dengan Santi Cazorla yang sedang memuncak prestasinya.
“We have a good, balanced squad now,” he said. “It’s a compact, short squad but it’s of top quality and the advantage it can have is that many players have been rested. Aaron Ramsey had a good rest, and Olivier Giroud, Laurent Koscielny, Ozil and Rosicky have not been overloaded with games. Theo Walcott is now coming back slowly, so all these players are not overloaded.” - Arsène Wenger
Aston Villa mempunyai rekod yang agak bagus di Emirates tetapi dengan situasi terkini mereka adalah dijangkakan Arsenal akan mudah menewaskan mereka nanti.
“We know we are in an important period of the season where our commitment needs to be at the top level,” he said. “Now consistency will decide our future. That’s why this game against Villa is important." - Arsène Wenger
Sumber: The Guardian
Dengan ketiadaan Agbonlahor dan Delph, bahagian serangan Aston Villa pastinya tumpul ditambah pula dengan kecederaan tonggak pertahanan mereka iaitu Vlaar.

#ARSENALTEGAR menjangkakan jaringan Arsenal 3-1 Aston Villa manakala barisan pemain jangkaan yang akan diturunkan ialah seperti dibawah:




Ospina (13)
Bellerin (39) - Mertesacker (4) - Koscielny (6) - Monreal (18)
Rosicky (7) - Ramsey (16) - Cazorla (19) - Ozil (11)
Giroud (12)



Keep the faith! COYG..
This is our time to show them our qualities and superior technical skills :)


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.