Francis Coquelin tandatangani kontrak baru

Sumber: Arsenal.com
Pemain yang menyerlah dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Francis Coquelin dikhabarkan telah menandatangani kontrak baru bersama Arsenal berdasarkan laporan oleh The Sun. Ini merupakan satu perkembangan positif buat Arsenal dan sangat disenangi oleh para penyokongnya.

Selepas dua musim dipinjamkan kepada dua pasukan iaitu Freiburg dan Charlton, Coquelin dipanggil kembali setelah Arsenal mengalami krisis dibahagian tengah.

Kecederaan Mikel Arteta, Aaron Ramsey, Jack Wilshere, Mesut Ozil serta Flamini membuatkan Arsene Wenger tiada pilihan lain kecuali memberikan peluang kepada Coquelin. Dia membalasnya dengan persembahan prestasi yang sangat menyakinkan.

Prestasi Coquelin memuncak ketika perlawanan menentang Manchester City tempohari yang berkesudahan dengan kemenangan kepada Arsenal di gelanggang lawan. Semoga Coquelin terus konsisten dan terus memberikan aksi terbaik untuk membantu Arsenal dalam perlawanan seterusnya.
Dikuasakan oleh Blogger.