Breaking

Carling Cup: Arsenal 2-1 Bolton + Highlights!

Arshavin & J.Y. Park menjaringkan gol setelah ketinggalan 0-1 hasil rembatan daripada bekas pemain muda Arsenal, Fabrice Muamba. Tak banyak ulasan yang boleh diberikan kerana aku sendiri tak dapat menyaksikan perlawanan tersebut, hanya sempat menonton 10 minit terakhir siaran ulangan.


Arshavin memang membuktikan kemampuan sebenar beliau sebagai 2nd creative striker sebagaimana posisi asalnya ketika beraksi untuk Russia. Gol pertama dijaringkan dengan rembatan lurus tepat ke penjuru kiri Bolton.

Dan gol kedua assist dari Arshavin membuka ruang untuk J.Y. Park merembat bola lencong ke kanan gawang Bolton dan gol tersebut memang kelas!


Prof. Arsene Wenger membuktikan percaturan dan strategi kemas yang dah disusun mula membuahkan hasil dengan gabungan pemain muda dengan pengalaman pemain bintang seperti Arshavin. Kesebelasan utama yang diturunkan adalah seperti yang dijangka sebelum ini.

Ryo Miyaichi, Daniel Boateng & Oguzhan Ozyakup diberikan peluang beraksi di penghujung perlawanan tersebut. Apa pun yang penting ialah kemenangan dan melayakkan Arsenal untuk ke pusingan suku akhir kali ke 9 berturut-turut.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.