Breaking

BPL: Chelsea 3-5 Arsenal / Post-Match - RvP kasi koyak itu Chelsea! + Highlight

WOW! Rasa melayang pulak dibuatnya. Hahaha.. kemenangan bergaya untuk Arsenal setelah merobek Chelsea di kubu mereka sendiri, Stamford Bridge. Perlawanan yang seimbang di kedua-dua pihak dan beberapa peluang yang terlepas begitu sahaja.

"CHEL53A vs AR53NAL" kata rakan di facebook. Memang sangat bertepatan! Padan mata! (ganti muka) haha.. macam-macam cara nak menganjing fans Chelsea.


Chelsea mendapat peluang keemasan tetapi Torres yang flop tu seperti biasa.. tak reti nak score.. Walcott juga berjaya mendapatkan ruang untuk Gervinho & RvP namun dua peluang tersebut gagal disempurnakan.

Chelsea v Arsenal by moriciauv

Ashley Cole berjaya membolosi ruang Djohan Djourou beberapa kali tapi nasib baik kerana Merte dan Song sentiasa ada untuk backup di bahagian tengah mematahkan serangan Chelsea.


Pada minit ke 14, Frank Lampard berjaya juga akhirnya menanduk masuk menewaskan Szczesny yang kelihatan kurang menyerlah malam ni setelah mendapat hantaran lambung daripada Juan Mata. Daniel Sturridge mendapat peluang untuk score tapi gagal untuk selesaikannya.

6 minit selepas setengah jam bermain, lorongan daripada Aaron Ramsey berjaya membuka ruang untuk Gervinho yang tidak tamak dan mengumpan untuk kapten RvP menjadikan kedudukan 1-1.

Pada hujung separuh masa kedua, sepakan sudut Chelsea berjaya diselesaikan oleh John Terry yang gagal dikawal oleh Merte. Man-mark oleh Merte agak longgar dan ruang itu digunakan sepenuhnya menjadikan kedudukan 2-1 untuk Chelsea sehingga wisel penamat separuh masa pertama ditiup.

4 minit selepas separuh masa kedua dimulakan, Arsenal berjaya menyamakan kedudukan 2-2 setelah Santos merembat kemas hasil hantaran tepat oleh Alex Song. Pada minit ke 56, Theo Walcott yang beraksi cemerlang berjaya membuat trick yang sangat hebat sambil terbaring meniarap seperti superman dan bangkit lalu menggelecek semula lawan dan merembat! GOL!!! 2-3 Arsenal mendahului..


Minit 80, Juan Mata merembat kencang dari jarak jauh dan melencong menewaskan Szczesny. 3-3. 4 minit selepas tu, RvP berjaya mencuri bola setelah hantaran ke belakang ke arah John Terry tak sampai kerana John Terry terlungkup..

RvP memperbudakkan Petr Cech dan menyumbat gol ke 4 Arsenal, gol ke 2 peribadinya. Walaupun Chelsea cuba mendapatkan gol tapi Arsenal berjaya menyerap asakan dan akhirnya RvP sekali lagi merembat kencang.. Petr Cech menampan tetapi bola menerjah jaring Chelsea..

Keputusan akhir Chelsea 3-5 Arsenal!

Walaupun kemenangan ni sangat manis.. tetapi barisan pertahanan Arsenal perlu lebih kukuh! Bahagian serangan dah memang mantap dengan RvP yang meletop-letop! Gervinho dengan gelecekan bola yang menarik dan semakin hebat.. Walcott dengan keyakinan dan larian yang laju..

Aaron Ramsey pun semakin kreatif membuka ruang dan membuat hantaran lob yang cantik..

Undian untuk suku akhir Carling Cup dah pun keluar dan Arsenal akan berdepan dengan pendahulu liga ketika ini Manchester City. Pastinya pertembungan yang sengit!

Arsenal vs Manchester City
Cardiff City vs Blackburn Rovers
Chelsea vs Liverpool
Manchester United vs Crystal Palace

So.. that's it. SWEET DREAM! yeah..
P/S: Chelsea melingkup di kubu sendiri.. 5TAMFORD BRIDG3! gunned down!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.