BPL: Chelsea vs Arsenal / Pre-Match
Esok pertembungan dua seteru yang sememangnya sentiasa menjanjikan persaingan yang sengit. Chelsea yang sedikit tempang tanpa beberapa pemain tonggak yang digantung perlawanan. Arsenal yang sedang meningkatkan momentum untuk kembali digeruni lawan.
Arsenal yang sedang mendahului kumpulan di Liga Juara-Juara dan baru saja melayakkan diri ke pusingan suku akhir Carling Cup pastinya mahu terus mengekalkan rentak kemenangan ini.
Okay cuba kita analisa para pemain yang ada.
Yang dah tentu out ialah Sagna, Wilshere, Diaby & Benayoun (tidak dibenarkan bermain). Rosicky dikatakan juga cedera sebelum perlawanan Carling Cup dan digantikan oleh Arshavin. Pertahanan kental Thomas Vermaelen akan kembali tetapi mungkin bukan dalam 1st eleven atas faktor kecergasan.
Barisan jangkaan:
Jaringan?
Chelsea 1-3 Arsenal (2 RvP & super-sub Arshavin)
Yang jelas, ini akan menjadi penanda aras kepada dua penyerang prolifik dunia, Robin van Persie dan Fernando Torres. RvP membuktikan mengapa dia layak menjadi kapten Arsenal dan memberikan inspirasi kepada rakan sepasukan yang lain. Torres pula walaupun kurang menyengat semenjak perpindahan kontroversi 50 juta pound ke Chelsea tetap memiliki skill & kualiti berbahaya yang mampu membuatkan kita gigit jari.
Apa pun, KEMENANGAN AKAN BERPIHAK KEPADA ARSENAL.. COME ON YOU GUNNERS!
Ingat lagi peristiwa ni? Pitam sekejap John Terry kena terajang dengan Abou Diaby.. tapi kali ni dua-dua pun tak main. |
Okay cuba kita analisa para pemain yang ada.
Yang dah tentu out ialah Sagna, Wilshere, Diaby & Benayoun (tidak dibenarkan bermain). Rosicky dikatakan juga cedera sebelum perlawanan Carling Cup dan digantikan oleh Arshavin. Pertahanan kental Thomas Vermaelen akan kembali tetapi mungkin bukan dalam 1st eleven atas faktor kecergasan.
Barisan jangkaan:
Szczesny
Djourou - Koscielny - Mertesacker - Santos
Song
Arteta - Ramsey
Walcott - RvP - Gervinho

Tiada ulasan: