Breaking

Viking FK 0 - 8 Arsenal: Thor lupa bawak tukul!

Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan 8 tanpa balas. Walaupun bermula agak cemerlang dan dihadiahkan penalti pada minit ke 3.. Santi Cazorla gagal menyempurnakannya. Macam badi pun ada juga penalti untuk player Arsenal ni.


Masa Euro 2016 pun beberapa player Arsenal gagal sempurnakan penalti. Nak suruh Petr Cech yang ambik penalti ke macam ni? Acik heran!

Apakah dengan kemenangan 8 bijik ni membuatkan Arsene Wenger rasa selesa tanpa perlu mendapatkan penyerang berkaliber? Entah! Acik risau juga kalau begitu. Joel Campbell membuka jaringan selepas berjaya menguis masuk tandukan kencang dari Elneny pada separuh masa pertama.

Sebaik sahaja separuh masa kedua bermula.. Beberapa pertukaran pemain dilakukan dan Santi Cazorla memulakan asakan merembat kencang menewaskan penjaga gol Viking FK. Kemudian masuk lagi 6 gol.. Korang tengok highlight ya :)


Secara ringkasnya Joel Campbell, Elneny, Oxlade-Chamberlain memang menyerlah. Cazorla pun nampak lebih confident mengatur serangan. Bielik dan Rob Holding pun nampak okay tapi tak berapa terancam dengan serangan dari Viking FK.

Next? Manchester City!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.