Breaking

Tonton live stream Viking FK vs Arsenal malam ni 2.15am!


Satu lagi perlawanan persahabatan persediaan untuk musim 2016/17 akan berlangsung malam ni (7.15pm waktu UK). Korang boleh tengok secara live stream melalui Arsenal Player (Arsenal.com). Daftar akaun dan tonton percuma! Atau korang boleh download Arsenal apps dan tengok menggunakan mobilephone masing-masing.

Acik tau korang tengah merembes takde apa nak buat.. Jadi jangan lupa malam ni tengok Aaron Ramsey & Alexis Sanchez mungkin akan diturunkan. Walaupun begitu.. Jack Wilshere seperti biasa akan diketepikan oleh sebab kecederaan.


Gabriel juga ada dalam skuad ini yang akan bermain di Norway. Selepas itu team Arsenal akan ke Sweden untuk perlawanan menentang Manchester City yang kini dikendalikan oleh Pep Guardiola. Next season confirm gempak gila! Top managers semua ada di EPL.. Acik merembes lagi.

Okay Acik nak kongsi info pasal team Viking FK ni. Agak-agak korang.. Rasanya ini kali pertama kot dengar pasal team Viking FK. Memang adik beradik Thor punya team :)

Team Viking FK ni sebenarnya sedang bermain di dalam liga Tippeligaen dan menduduki tangga ke 7 ketika ini. Sudah habis separuh musim pun! Pasukan Viking FK ini adalah antara pasukan yang cukup hebat sebelum ini dengan pelbagai kejuaraan dalam liga mereka. Namun kebelakangan ini sejak Thor hilang tukul.. Mereka pun lemau! (Okay ini Acik tambah sendiri!).

Viking FK ni berasal dari pekan Stavanger.. Haa! Ko nampak tu? Ada iras-iras Avengers kan? :)

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.