Breaking

Bid terbaru Arsenal.. £20m untuk dapatkan Shkodran Mustafi?

Terbaru.. Arsenal menawarkan £20m untuk dapatkan pemain pertahanan dari Valencia ini. Seperti yang semua tahu, Arsenal memerlukan pemain pertahanan yang baru dan berkaliber selepas Per Mertesacker mengalami kecederaan panjang. Shkodran Mustafi telah menjadi nama yang kerap kali disebut.


Pemain ini yang juga berasal dari Germany dikatakan agak akrab dengan Mesut Ozil. Mungkinkah itu akan jadi penambah sebab untuk Mustafi ke Arsenal? Acik harap memang jadi kenyataan!

Nak acik bagi video untuk korang tengok sendiri skill-skill mamat Shkodran Mustafi ni.



Sebelum ni Arsenal pernah cuba bid dengan nilai £15m tetapi tidak dilayan oleh Valencia. Dengan situasi semasa.. Acik masih merasakan nilai £20m pun belum cukup untuk dapatkan pemain ini.. Gila murah kot kalau £20m! Kurang-kurang mau cecah £25m.

Ketika berita ini tersebar.. Mustafi sedang berada di England untuk bersama pasukan Valencia dalam perlawanan persahabatan menentang Bournemouth dan0 Crystal Palace. Mustafi juga dikhabarkan gembira dengan bid dari Arsenal serta bersedia untuk mencuba beraksi di lapangan baru.

Kalau Valencia tu eksyen sangat.. Kau berkeraslah sikit Mustafi oiii! Acik merembesss dah ni.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.