Breaking

4 bijik Arsenal hentak Liverpool.. Ranap The Reds, Arsenal 4-1 Liverpool - Laporan penuh dan video highlights!

Foto: Arsenal.com
Ternganga tengok tempo permainan Arsenal malam ni. Superb wey! Terkial-kial The Reds nak saing skill pemain Arsenal. Perlawanan berlangsung rancak antara kedua-dua pasukan walaupun jelas Arsenal mengawal tempo permainan. Tetapi tiada jaringan berjaya dilakukan oleh Arsenal ataupun Liverpool.

Keduanya perolehi peluang yang baik namun belum ada yang berjaya menukarnya menjadi gol. Pada 15 minit awal, Arsenal benar-benar menguasai permainan tetapi Liverpool berjaya mengimbanginya dan mula melakukan serangan berbahaya cuma penyudah mereka amatlah tumpul!
Apabila perlawanan memasuki ke minit 30, Arsenal meningkatkan rentak dan semua pemain nampaknya mempunyai persefahaman yang tinggi. Ozil dan Sanchez berbisa, Ramsey juga super rajin, Cazorla menjadi nadi bahagian tengah bersama Coquelin yang super efektif malam ni. Walaupun begitu, Giroud belum mendapat peluang dan diberikan kawalan ketat oleh pertahanan Liverpool.

Sakho dan Toure (Ex Invincibles Arsenal) mengawal pertahanan Liverpool tetapi kerapkali buntu untuk membuat passing menyebabkan mereka sering terdesak untuk menghantar bola ke belakang kepada penjaga gol  mereka Mignolet. Jelas Liverpool cuak dengan Arsenal!
Hinggalah gerakan serangan pada minit ke 37 berjaya merobek gawang Liverpool hasil rembatan kencang kaki kiri oleh full back kanan Arsenal, Hector Bellerin! Bergegar Stadium Emirates dan seluruh dunia dengan gempita sorakan penyokong Arsenal. Liverpool semakin gelabah! 3 minit selepas itu, Arsenal diberikan sepakan percuma yang disudahkan sempurna oleh Mesut Ozil melentur ke kanan penjaga gol menjadikan kedudukan Arsenal 2-0 Liverpool. Para pemain The Reds semakin terdesak dan hilang komposisi. Keyakinan mereka lerai dan lebur!

Di penghujung separuh masa kedua, Arsenal sekali lagi berjaya membuat gerakan counter-attack yang diakhiri oleh Alexis Sanchez dengan rembatan kaki kanan dan Mignolet hanya mampu loncat katak konon-konon macam nak tepis bola tapi memang tak sempat dek! Kedudukan menjadi Arsenal 3-0 Liverpool hingga pengadil meniup wisel.

Raheem Sterling tak dapat bergerak bebas dan kerap dikekang oleh Coquelin dibahagian tengah Arsenal. Isolated sendirian dan Cautinho juga seperti hilang punca. Taktikal 3-4-3 oleh Brendan Rodgers dikutuk hebat oleh pundit Goerge Boateng kerana dengan hanya 3 pertahanan, memang Arsenal akan buli Liverpool!

Separuh masa kedua bermula, Liverpool segera memasukkan Daniel Sturridge untuk menguatkan bahagian serangan mereka dan sejurus selepas itu Arsenal menggantikan Koscielny dengan Gabriel. Kali ni Arsenal lebih bersikap selamat dan sekali sekala melakukan counter-attack untuk menambah jaringan tetapi dengan kemasukan Sturridge, Liverpool yang lebih mengasak. Hinggalah Bellerin menjatuhkan Sterling di dalam kotak penalti dan Henderson menyudahkannya untuk menjadikan kedudukan Arsenal 3-1 Liverpool. Tiba-tiba The Reds berbunga dengan harapan untuk mendapatkan gol kedua, sekiranya mereka berjaya dapatkan gol kedua maka Arsenal pula akan tertekan.

Kalau korang ada baca prebiu sebelum ni, admin di #ARSENALTEGAR memang menjangkakan jumlah jaringan 3-1 dengan barisan pemain seperti yang dinyatakan. Ramsey dikeluarkan digantikan oleh Flamini untuk mengukuhkan bahagian tengah dan berkongsi tugasan dengan Coquelin. Tetapi ini sedikit sebanyak mengganggu komposisi Coquelin kerana Flamini kurang mantap mengekang pergerakan lawan. Mesut Ozil juga digantikan oleh Welbeck untuk berikan kelebihan kepada counter-attack.

Hinggalah Welbeck dikasari oleh Emre Can dan menyebabkan Can dilayangkan kad kuning kedua seterusnya kad merah. Liverpool bermain dengan 10 pemain sahaja. Ini menyukarkan impian mereka untuk mendapat sebarang mata dari perlawanan ini. Pada minit-minit akhir perlawanan, Giroud perolehi peluang keemasan hasil lorongan dari Sanchez dan abam Giroud merembat kencang sekali lagi Mignolet terpeleot hanya mampu melihat bola menerjah jaring.
Perlawanan berkesudahan dengan keputusan Arsenal 4-1 Liverpool. Tambah manisnya bila Emre Can walks alone! Kehkehkeh. Manakala dibawah ini ialah highlight jaringan perlawanan super tadi. Saksikan!

Kecewa beb penyokong The Reds.. they have lost Gerrard and Skrtel.. now Emre Can! Nak saing untuk Europa pun tak tentu lagi untuk next season.
Lepas ni Chelsea pula akan beraksi. Harap-harap mereka akan hilang mata supaya Arsenal dapat dekatkan lagi jurang perbezaan. Mampukah Arsenal menaiki takhta persada BPL 2014/2015? Bola itu bulat! Tiada yang mustahil. Keep the faith, COYG!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.