Breaking

Arsenal vs Chelsea: Wenger menanti kunjungan seterunya Mourinho di Emirates untuk London Derby!

Perlawanan kemuncak antara dua pendahulu BPL ketika ini. Pastinya anda juga tidak sabar menantikan perlawanan tersebut yang akan berlangsung esok jam 11 malam waktu Malaysia. Apa strategi yang direncanakan oleh kedua pengurus tersebut?

Walaupun begitu, sedikit sebanyak kritik terus dilemparkan kepada Arsene Wenger yang enggan mendapatkan kembali Cesc Fabregas dari Barcelona dan kini ianya datang menghantui Arsenal. Sudah jelas kehadiran Fabregas adalah antara punca kebangkitan Chelsea pada musim ini. Lihat saja Mourinho yang mendapatkan semula Drogba dan itu berikan backup apabila Diego Costa alami kecederaan.

Gabriel 'vampire' Paulista akan kokak Drogba?

Gabriel 'vampire' Paulista kokak Drogba?

Malah malam esok berkemungkinan besar Drogba juga akan beraksi apabila Loic Remy juga dikhabarkan mengalami kecederaan. Kalau dulu, Djourou dan Senderos kerap menjadi mangsa buli Droga hinggalah Arsenal mendapatkan Per Mertesacker dan Koscielny. 

Tetapi Per Mertesacker mungkin tidak akan diturunkan oleh Wenger kerana faktor kecergasan maka Gabriel yang wajahnya serupa vampire akan diberikan tanggungjawab mengekang Drogba.

Defensive & Counter-Attacking Mourinho?

Satu strategi Mourinho yang sangat berjaya musim ini ialah counter-attacking, mereka akan lebih bertahan dan mencuri ruang untuk menyerang balas dengan pantas. 

Ini adalah kelebihan dari kemampuan Fabregas yang mampu menghantar bola dengan tepat, skill yang dipertajamkan sewaktu bersama Arsenal.

Jika dilihat semula beberapa perlawanan sebelum ini oleh Chelsea, mereka akan pastikan barisan pertahanan sentiasa ada pemain tambahan. Malah Eden Hazard juga akan turun ke bawah untuk membantu pertahanan.

Transition pantas oleh Fabregas membuatkan mereka akan menggunakan kelebihan larian pantas dan kemampuan kawalan bola yang bagus terutamanya oleh Diego Costa. Dan Hazard akan membuka ruang serta bebas bergerak untuk mencari peluang jaringan.

Coquelin Benteng Ampuh!

Bentar lg ARSENAL mau
lawan Celengkers
nih udah pada siap
belum tuh?
The Gunners perlukan aksi terbaik dari Francis Coquelin untuk mengekang gerakan berbahaya seperti ini. Kemampuan serta fokus yang ditunjukkan oleh Coquelin adalah antara perkara super penting kepada peningkatan stability Arsenal sejak Januari 2015. Berbeza dari Flamini dan Arteta, Coquelin jarang sekali naik untuk membantu serangan.

Dia akan menunggu di tengah padang dan bersedia untuk mematahkan gerakan dari pihak lawan. Disiplin ini amat penting untuk berikan keyakinan kepada pemain lain bergerak bebas terutamanya trio Cazorla, Sanchez dan Ozil. Malah Ramsey juga menikmati kebebasan tersebut dalam merencana gerakan serangan.

Hector Bellerin diperlukan untuk menambah kelajuan serangan dan mampu pantas bertahan apabila diperlukan. Nacho Monreal juga lebih konsisten berbanding Kieran Gibbs musim ini.

Diharapkan Arsene Wenger dapat mengatur strategi terbaik untuk melawan Mourinho kali ini. Pemain semua pun dah tiptop jadi marilah kita membenam Chelsea di Emirates kali ini!

Jangkaan jaringan?
Arsenal 2-1 Chelsea

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.