Breaking

EPL Fulltime Report & Video Highlights: Arsenal 2-0 Everton, Giroud & Rosicky Score!

Giroud kembali merobek jaring lawan!
Foto: Arsenal.com
Malam tadi Arsenal kembali naik ke tangga ke 3 EPL selepas menewaskan Everton di Stadium Emirates. Arsenal bermain cenderung bertahan dan melakukan counter-attack. Mungkin Arsene Wenger mahu pemain lebih berhati-hati dan melakukan defensive duty dengan lebih rajin berbanding sewaktu melawan Monaco tempohari.

David Ospina mempersembahkan prestasi menyakinkan pada awal permainan dengan mengekang asakan dari Romelu Lukaku selepas Gabriel tersilap langkah.

Walaupun begitu, Giroud memperolehi beberapa peluang jaringan melalui tandukan tetapi disia-siakan. Hinggalah pada minit ke 39, sepakan kaki kanan Giroud berjaya menewaskan penjaga gol Everton selepas mendapat hantaran lintang dari sepakan sudut oleh Mesut Ozil. Ianya memberikan kelegaan buat Giroud selepas dikritik hebat kerana kegagalan menyempurnakan beberapa peluang jaringan terbuka dalam perlawanan UCL yang lepas. Giroud segera memberikan pujian kepada pengurus pasukan Arsenal, Arsene Wenger kerana memberikan kepercayaan kepada dia untuk kembali ke prestasi terbaiknya. 
The manager gave me a big possibility to bounce back and that's what we wanted to do together. - Olivier Giroud
Perlawanan berterusan dan pemain Arsenal mula menunjukkan keyakinan mereka dalam serangan demi serangan bertali arus. Ozil dan Alexis memainkan peranan penting menggerakan rakan sepasukan yang lain manakala Cazorla diberikan peranan untuk melindungi barisan pertahanan bersama-sama Francis Coquelin.

Pada separuh masa kedua, Tomas Rosicky dimasukkan menggantikan Oxlade-Chamberlain, Welbeck menggantikan Alexis dan Calum Chambers menggantikan Coquelin yang cedera patah hidung. Pada minit ke 89, Ozil melorongkan bola di dalam kotak penalti kepada Rosicky yang kemudian merembat kencang lalu deflects pemain Everton seterusnya menerjah jaring. Perlawanan tamat dengan keputusan Arsenal 2-0 Everton.



p/s: Sorry #ARSENALTEGAR terlepas untuk buat ulasan sebelum perlawanan. Jadual kerja terlalu padat!


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.