Breaking

UCL Last 16 Full Time Report & Video Highlights: AS Monaco 0-2 Arsenal, Menang Tapi Kalah!

Mesut Ozil beraksi cemerlang tetapi tidak cukup untuk
membantu Arsenal ke pusingan seterusnya.
Foto: Arsenal.com
Kecewa beb.
Walaupun Arsenal berjaya mendapatkan 2 gol di Monaco tetapi ianya tidak mencukupi untuk melayakkan Arsenal ke pusingan suku akhir UCL. Ini semua akibat dari kesilapan sewaktu perlawanan pertama di Stadium Emirates tempohari. Jadi selepas ini Arsenal perlu terus fokus untuk Piala FA dan juga BPL.

Perlawanan pagi tadi bermula agak goyah untuk Arsenal. AS Monaco berjaya membuatkan pemain Arsenal kacau bilau dan gagal mendapatkan rentak. Hinggalah ke 15 minit terakhir separuh masa pertama, Arsenal mula perolehi keyakinan untuk mengatur serangan dan gerakan menarik untuk mencipta ruang menjaringkan gol.

AS Monaco bermain bertahan dan sentiasa cuba melengahkan masa permainan dengan pelbagai helah. Saiz padang yang sedikit kecil juga memberikan impak negatif kepada Arsenal. Para pemain terlalu padat dan ini membuatkan passing Arsenal terganggu. AS Monaco juga lebih fokus untuk melakukan serangan counter-attack dan ini menjadikan The Gunners lebih berhati-hati pada awal permainan.

Beberapa keputusan pengadil pun tidak menyebelahi Arsenal malah boleh dikatakan pengadil memang haramjadah. Alexis Sanchez dilayangkan kad kuning kerana diving tetapi apabila diulang tayang ternyata Alexis dikasari malah sepatutnya Arsenal diberikan sepakan penalti kerana insiden tersebut. Bongok pengadil ni.

Pada minit 36' separuh masa pertama, Olivier Giroud berjaya merobek gawang AS Monaco. Ternyata dia merupakan penyerang yang versatile untuk Arsenal. Rembatan awal kaki kirinya berjaya ditepis penjaga gol AS Monaco tetapi bola muntah dan kembali ke Giroud yang menyudahkannya dengan rembatan kencang kaki kanan untuk menjadikan kedudukan Monaco 0-1 Arsenal. Secara tiba-tiba permainan lebih rancak dan Arsenal lebih ghairah untuk mencari peluang menambah jaringan.

Namun pertahanan AS Monaco dan penjaga golnya beraksi cemerlang menafikan setiap peluang terhidang. Malah Danny Welbeck juga mendapat ruang menjaringkan gol tetapi nasib tidak menyebelahi Arsenal apabila rembatan kencangnya hanya menuju tepat ke pemain pertahanan Monaco, Abdennour yang sudah terjatuh dan bola keluar dari permainan.
Arsene Wenger berang dengan mutu pengadilan.
Foto: Arsenal.com
We had a good game tonight, but no luck. Congratulations to them, but we are having quite a positive series going on. People over analysed the match in a positive way, because if you look at the starts again they did not dominate the game, but played really well on the counter and were not cautious enough. 
After the first goal we were not patient enough. Football is not a fairytale, it is a matter of being realistic and being clinical, maybe a bit lucky as well, maybe that is part of the game. - Arsene Wenger
Pada separuh masa kedua, Walcott dimasukkan mengganti Welbeck dan juga Aaron Ramsey menggantikan Coquelin. Sewaktu permainan berbaki 10 minit, Ramsey berjaya melorongkan rembatan ke gawang Monaco selepas bola tampanan Walcott terkena tiang. Kedudukan Monaco 0-2 Arsenal, saat ini pastinya degupan jantung penyokong Arsenal semakin laju mengharapkan gol ketiga untuk menjelma. Namun hingga ke akhir perlawanan ianya tak muncul tiba.

Arsenal sepatutnya sudah boleh perolehi 3 gol pada separuh masa pertama lagi tetapi jelas nasib tidak menyebelahi The Gunners kali ini. Dan kesilapan sewaktu perlawanan pertama terus menghantui Arsenal. Apa pun terus menggunners! Kalah menang adat perlawanan.

Saksikan video highlight perlawanan tersebut di bawah.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.