Breaking

Frimpong mahu buktikan Bendtner silap!


Emmanuel Frimpong telah mendedahkan mengapa dia memilih no. 26 di Arsenal. Pemain muda tersebut yang sedang bermain untuk Wolves secara pinjaman tidak mempunyai banyak nombor sebagai pilihan sejak dipilih untuk bermain dalam pasukan utama hampir dua tahun lepas.

Selepas menggunakan no. 35 ketika musim pertamanya pada 2010, Frimpong memilih no. 26 yang pernah digunakan oleh Nicklas Bendtner. Ianya terdorong oleh sebab mahu membuktikan bahawa Bendtner adalah silap kerana mengatakan nombor tersebut membawa sial.
“I chose number 26 because Nicklas Bendtner had that before he got the 52.” 
“He has said to me that it is a bad luck number so I wanted to prove to him that I can turn that number into one with goodluck.”
Frimpong telah memberikan aksi cemerlang ketika Wolves mengikat Spurs 1-1 dengan bermain selama 67 minit. Bendtner pula masih tercari rentak dan sentuhan untuk membuktikan dirinya sebagai penyerang terbaik dunia.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.