Breaking

EPL: Swansea City vs Arsenal / Pre-Match

EPL kembali.. Arsenal akan bermain menentang Swansea City pada hari Ahad nanti dan ianya tidak boleh dipandang mudah. Arsenal telah gagal mendapatkan mata penuh dalam beberapa perlawanan lepas yang dianggap satu perlawanan mudah. The Gunners mesti mendapatkan 3 mata untuk terus bersaing menjengah ke Top Four.

Swansea mempunyai rekod permainan di gelanggang sendiri yang agak baik sejak mendaki ke EPL musim ini. Swansea hanya tewas sekali di gelanggang mereka daripada 10 perlawanan EPL dan hanya melepaskan 4 gol sahaja.

Manakala Arsenal telah tewas 5 daripada 10 perlawanan ditempat lawan serta melepaskan 22 gol. Tiada pasukan lain yang melepaskan gol sebanyak itu dan ianya bukan sesuatu untuk dibanggakan. Namun Arsenal telahpun mengalami perubahan prestasi serta kembalinya Henry ke Arsenal menambahkan semangat juang para pemain.

Cuma tekanan utama untuk Arsenal ialah ketiadaan natural fullback ketika ini. Wojciech Szczesny pula ada melakukan beberapa kesilapan kebelakangan ini. Pemain muda dan versatile Arsenal, Francis Coquelin juga telah mengalami kecederaan sewaktu menentang Leeds tempohari.

Semoga trio midfield Arsenal akan terus beraksi cemerlang dan bebas daripada kecederaan. RvP akan pulang daripada percutian keluarga di Dubai dan akan mengetuai jentera serangan. Arshavin yang bermain 90 minit pada perlawanan Piala FA perlu step-up dan menunjukkan prestasi yang sebenar.

Barisan jangkaan:
Szczesny
Djourou - Mertesacker - Koscielny - Miquel
Arteta - Ramsey - Song
Walcott - RvP - Arshavin

Jaringan jangkaan: Swansea 0-2 Arsenal

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.