Breaking

FA Cup: Arsenal 1-0 Leeds / Post-Match (King Henry is back!)

Maaf atas kelewatan mengemaskini blog KPTA. Penulis mengalami sedikit kesukaran dalam menelusuri kehidupan yang penuh cabaran & dugaan. Namun, insyaAllah semuanya akan berakhir dengan lebih baik. Apa pun kembali kepada ARSENAL dan beberapa perkembangan terkini yang sudah lama tidak dikongsikan bersama para penyokong tegar Arsenal sekalian.


Berita kembalinya Thierry Henry ke Arsenal menjadi bualan utama para penyokong tegar dan ianya amat dialu-alukan. Perlawanan menentang Leeds pagi tadi menunjukkan betapa pentingnya dia dalam menyemarakkan semangat serta mendapatkan keputusan positif.

Perlawanan dalam merebut Piala FA berkesudahan 1-0 berpihak kepada The Gunners hasil jaringan cantik oleh lagenda Arsenal, Thierry Henry setelah mendapat lorongan sempurna daripada Alex Song. Dia dimasukkan sebagai pengganti kepada Marouane Chamakh dan berjaya menggegar gawang Leeds selepas 9 minit.

Chambo diberikan peluang beraksi sebagai kesebelasan utama dan mempamerkan aksi menarik tetapi gagal menyumbat beberapa peluang jaringan yang terhidang. Arshavin juga kelihatan kreatif tetapi tidak mempunyai penyudah yang cukup baik. Chamakh pula lebih sebagai pembuka ruang untuk rakan membuat jaringan.

Pada minit-minit akhir, Leeds mendapat beberapa peluang tetapi Szczesny berjaya menafikannya dengan aksi cemerlang. Apa pun kemenangan ini amat penting sebagai pembakar semangat kerana selepas ini Aston Villa menanti.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.