Breaking

Arsenal 2 vs 1 MLS Allstar - Perlawanan persahabatan di Amerika Syarikat

Nampaknya season baru bakal bermula tak lama lagi. Siang tadi Arsenal dalam siri jelajah San Jose Amerika Syarikat telah menewaskan pasukan pilihan MLS Allstar yang terdiri dari bintang-bintang yang pernah gemilang seperti Pirlo, Drogba, David Villa dan ramai lagi.

Walaupun Arsenal menurunkan ramai pemain muda.. Kelebihan kepantasan larian membuatkan pasukan kuda tua MLS Allstar tercungap nak kejor. Si Drogba yang memang badi Arsenal berjaya juga sumbat sebijik gol.

Dua jaringan Arsenal adalah dari sepakan penalti Joel Campbell dan gol kemenangan oleh Chuba Akpom pada hujung minit permainan.


Granit Xhaka dan Rob Holding mempamerkan permainan menarik tetapi Walcott haram pulak nampaknya ke laut! Apa pun korang layan highlight video ni ya. All the best Arsenal for the new season!


Walaupun Per Mertesacker dikhabarkan telah menjalani pembedahan lutut akibat kecederaan.. Pak Wenger masih belum menemui pengganti untuk memantapkan bahagian pertahanan Arsenal.

Coquelin menyatakan dia sedia sahut cabaran untuk mengisi ruang pertahanan tersebut. Bring it on!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.