Breaking

MEDIA CHINA LABEL OZIL SEBAGAI BADUT


Media kerajaan China memberi amaran hari ini, bahawa kritikan Mesut Ozil, 31, berkaitan layanan kejam negara itu terhadap etnik Uighurs, akan memberi implikasi serius ke atas Arsenal.

Malah kritikan Ozil menyebabkan CCTV menarik balik siaran langsung perlawanan antara Arsenal dan Manchester City daripada programnya.

Editorial Global Times membantah kenyataan Ozil yang dianggap seperti persembahan badut dan menggambarkan pemain tengah Arsenal itu keliru dan melulu kerana menyalahgunakan namanya sebagai tokoh masyarakat.

Ozil warga Jerman berketurunan Turki, mengutuk tindakan kejam China terhadap minoriti Muslim di Xinjiang menerusi Twitter, Jumaat lalu, malah turut mengkritik negara-negara Islam kerana gagal menyuarakan bantahan di atas kekejaman itu.

Bagaimanapun, Arsenal tidak memberi komen mengenai perkara berkenaan.

Global Times yang mewakili suara Parti Komunis negara itu berkata pendirian Ozil merosakkan imejnya dalam kalangan peminat Cina dan akan memberi implikasi serius ke atas Arsenal.

“Rakyat China seharusnya melihat dengan jelas perbuatan Ozil kali ini umpama badut,” kata Global Times dalam kenyataan.

Arsenal menerusi Weibo berkata, komen itu adalah pendapat peribadi Ozil dan kelab itu mempunyai polisi tidak membabitkan diri dalam politik.

...

Sejak dua menjak ni Ozil memanjang ada kontroversi.. Bermula dengan kes racist dengan team bola Germany dan Erdogan Turki, kemudian isu dengan Unai Emery yang dah macam perang dingin.. Kini kes Uighurs dengan China pulak!

Acik fikir lagi baik Ozil fokus perbaiki permainanlah! Arsenal semakin mencorot ni, kau pickup la momentum semula lepas Emery kena pecat. Adoilahhhh!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.