Breaking

LJUNGBERG SEMAKIN KEJUNG DAN PANAS PUNGKOQ


KETUA jurulatih sementara Arsenal, Freddie Ljungberg menyatakan kelab itu perlu segera melantik pengurus tetap baharu selepas tewas 0-3 di laman sendiri kepada Manchester City awal pagi tadi, ketika beliau jelas menerima hakikat tidak akan memegang jawatan itu.

Kelab London itu hanya melakukan satu percubaan tepat pada babak pertama dan tiada langsung pada separuh masa kedua ketika mereka mengalami kekalahan ketiga berturut-turut di Emirates dalam semua pertandingan.

Selain menggesa resolusi situasi pengurusan, Ljungberg mengakui bagaimana beliau menjalankan operasi dengan bantuan Per Mertesacker yang bertindak sebagai pembantunya selain mengendalikan akademi kelab itu.

“Satu penghormatan besar melakukan tugas ini, tapi Per melakukan dua tugas,” kata Ljungberg selepas perlawanan itu.

“Saya sudah katakan (situasi pengurusan) perlu diselesaikan dan pasti bagus membuat keputusan tidak kira apa pun,” tegasnya.

Arsenal tidak mempunyai bos tetap pasukan utama sejak mereka memecat Unai Emery hujung bulan lalu.

Kelab itu menghuni tangga kesembilan dengan 22 mata, tujuh mata di belakang kelompok empat teratas dan tidak menunjukkan tanda peningkatan sejak Ljungberg mengambil alih.

Mereka hanya meraih satu kemenangan dalam lima perlawanan di bawah kendalian warga Sweden itu, yang mengakui jurang kemahiran antara pasukannya dengan pelawat ketika kalah awal pagi tadi.

“Kami perlu mencermin diri... Mereka lebih bagus berbanding kami, itulah hakikatnya,” katanya.

...

Ini macam Ljungberg sebagai lejen Arsenal pun tak dapat berikan impak positif. Nak kena panggil Atuk Wenger ke? Hmm.. Acik macam minat kat Pochettino tu, korang rasa camne?

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.