Breaking

Pre-Match Europa League: Qarabag FK vs Arsenal, Mkhitaryan, Aubameyang & Ramsey Tak Ikut ke Azerbaijan

Malam ni Arsenal bertandang ke Azerbaijan, lebih tepat lagi ke Baku untuk perlawanan Europa League menentang pasukan Qarabag FK.


Asalnya Acik expect Unai Emery akan turunkan pemain-pemain 2nd string untuk perlawanan ni. Dah terbiasa 22 tahun dengan taktikal Arsene Wenger.. Biasanya dia buat gitu.

Tapi Unai Emery berikan fokus penuh kepada perlawanan ini. Hampir semua pemain utama Arsenal dibawa ke Baku, Azerbaijan menempuh perjalanan lebih 5000 batu. Walaupun Arsenal akan lawan Fulham hari Ahad nanti, Unai Emery tetap mahukan full strenght untuk lawan Qarabag FK.



Cuma beberapa pemain tidak tersenarai seperti Aubameyang yang dikatakan tidak sihat, Mkhitaryan yang ada masalah politik Armenia dan Azerbaijan serta Aaron Ramsey yang menantikan kelahiran baby.


"Arsenal have no excuses for failure in Europa League glory mission" - Nacho Monreal

Skuad Arsenal berlepas lebih awal untuk mengambil peluang berlatih di Stadium Olimpik Baku. Ianya satu perkara yang tidak dilakukan oleh Arsenal semasa dibawah kendalian Arsene Wenger.

Pasukan Qarabag FK adalah juara liga Azerbaijan untuk 5 musim berturutan. Mungkin ini antara perkara yang Unai Emery berikan perhatian.

Tonton video latihan Arsenal di Stadium Olimpik Baku.




Satu berita yang mungkin akan berikan impak positif buat penyokong Arsenal ialah Mesut Ozil kelihatan lebih berkeyakinan dan nampak gembira semasa latihan. Malah dia juga ada mempamerkan skill shot yang jadi trademark Mesut Ozil.

Apa pun..

Acik harapkan kemenangan mudah untuk skuad Arsenal dan adalah lebih baik untuk dapatkan 3 jaringan gol seawal yang boleh. Kill the game early!

Macam biasa, Acik layan live streaming ajelah malam nanti. Sepak mula jam 12.55am tau!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.