FT Europa League: Qarabag FK 0-3 Arsenal, Leno beraksi cemerlang!
Arsenal meneruskan rentak kemenangan dengan menewaskan Qarabag Fk dengan bergaya di gelanggang lawan. Lebih istimewa lagi kerana 3 rekod dicipta.
Perlawanan kali ini menunjukkan sisi berbeza Arsenal apabila Unai Emery melakukan perubahan kepada formasi The Gunners. 343 menjadi pilihan dengan meletakkan Monreal, Sokratis dan Rob Holding sebagai benteng pertahanan.
Leno menjaga gawang menggantikan Petr Cech yang cedera. Kolasinac, Guendouzi, Elneny dan Lichsteiner sebagai barisan pemain midfield dan jentera serangan diisi oleh Iwobi, Welbeck dan Smith-Rowe.
Macam biasa, Arsenal bermula agak goyah. Apatah lagi dengan formasi experiment dari Unai Emery. Serangan demi serangan dilakukan. Suasana di dalam stadium agak terasa lain kerana majoriti penyokong tentunya adalah penyokong tuan rumah yang mungkin jumlahnya mencecah lebih 95%.
Seawal minit ke 5, Arsenal sudah berjaya membolosi gawang Qarabag FK hasil sepakan sudut oleh Elneny yang berjaya ditanduk oleh Monreal tetapi melantun terkena badan Sokratis dan menerjah gawang. Ini ialah gol kompetitif pertama oleh Sokratis untuk Arsenal.
Semalam Acik dah bagitau yang Arsenal memerlukan jaringan awal dan itu yang berlaku. Namun gol ke dua tak kunjung tiba malah Qarabag FK pula yang semakin garang. Salah seorang pemainnya yang menarik perhatian ialah Zoubir.
Sejurus sahaja separuh masa kedua bermula, Monreal telah digantikan oleh Torreira dan Qarabag FK berjaya membolosi gawang Arsenal tetapi jaringan dibatalkan kerana curi ayam :P
Berselang beberapa minit selepas itu, hasil serangan balas yang pantas dan lorongan bola yang kemas oleh Iwobi kepada Emile Smith-Rowe, pemain muda berusia 18 tahun ini berjaya menambah jaringan untuk Arsenal menjadikan kedudukkan 2-0.
Satu lagi rekod tercipta kerana ini juga gol kompetitif pertama Smith-Rowe untuk Arsenal. Malah dia menjadi pemain termuda dalam tempoh 7 tahun menjaringkan gol untuk Arsenal sejak 2011 selepas Oxlade-Chamberlain melakukannya.
Pada minit ke 65, Smith-Rowe dikeluarkan dan Mesut Ozil masuk dan mendapat tepukan gemuruh dari penyokong di stadium. 5 minit selepas itu Lacazette pula masuk menggantikan Iwobi.
Qarabag FK meningkatkan serangan serta berjaya beberapa kali pemainnya melakukan larian pantas menewaskan pemain pertahanan tetapi Bernd Leno cekap memastikan gol tidak dibolosi.
Memang salute dengan prestasi Leno yang cemerlang. Terdapat 4 cubaan berbahaya yang berjaya Leno tepis. Cekap budak ni! Takdelah Acik gelabah ayam.
Pada minit ke 80, satu lagi serangan balas berjaya membuahkan hasil gerakan dari Mesut Ozil, Lacazette dan disudahkan oleh Matteo Guendouzi untuk gol ke 3 Arsenal. Satu lagi rekod, gol kompetitif pertama untuk Arsenal.
Qarabag FK tetap berusaha untuk dapatkan gol sagu hati tetapi Leno terus gagah di gawang Arsenal.
The Gunners kini melanjutkan rentak kemenangan mereka kepada lapan perlawanan dan mendahului Sporting Lisbon dengan kiraan perbezaan jaringan di puncak Kumpulan E, selepas pasukan dari Portugis itu meraih kemenangan 2-1 di Ukraine ke atas Vorskla Poltava.
Pemain tengah Arsenal dari Armenia, Henrikh Mkhitaryan tidak mengikuti kunjungan ke Azerbaijan susulan ketegangan diplomatik antara negara berkenaan dan negara kelahirannya itu.

Tiada ulasan: