Breaking

Halftime: Leicester 1 -1 Arsenal, Sanogo kurang sengat! Koscielny koyak kepala

45 +4 minit tambahan telah pun selesai. Arsenal menguasai permainan tetapi fluency passing masih kurang mantap. Walaupun begitu pada minit ke 20 Cazorla mengumpan Sanogo namun beliau agak lembab. Mujur Alexis ada berhampiran dan menyumbat gol masuk.

Namun 2 minit selepas itu, Ulloa penyerang Leicester menanduk masuk hantaran lintang dengan mudah apabila dia tidak dikawal oleh Koscielny. Sebelum itu, kepala Koscielny mengalami kecederaan dan itu mungkin penyebab yang membuatkan dia teragak-agak untuk menanduk. Lalu Calum Chambers masuk menggantikan Koscielny.

Debuchy agak tenggelam dan kurang memberikan sokongan kepada serangan sebagaimana biasa dilakukan oleh Sagna sebelum ini. Persefahaman antara pemain masih kelihatan longgar dan kurang gerakan cantik berjaya dilakukan. Alexis perlukan gandingan untuk beraksi lebih mantap. Wilshere mungkin akan dimasukkan dalam separuh masa kedua nanti.

p/s: Arsenal sangat perlukan striker world class (hint: Falcao?) untuk benar-benar menjadi pencabar utama kejuaraan EPL.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.