Breaking

FT: Arsenal 2-0 Cardiff City, Lord Bendtner Penyelamat!

Arsenal berjaya mendapatkan 3 mata berharga dari Cardiff City. Perlawanan berlangsung rancak dan The Gunners bertali arus melakukan serangan ke gawang Cardiff City namun, semuanya menemui kegagalan sehinggalah minit ke 88, Lord Bendtner meledakkan jaringan.



Memang menyesakkan nafas!

Namun kejayaan tersebut sedikit tercalar apabila Lord Bendtner mengalami kecederaan buku lali setelah dirempuh oleh penjaga gol Cardiff City.

Seluruh dunia bergema dengan laungan kegembiraan dengan  dari para penyokong Arsenal. Tak senang duduk dibuatnya.

Sorakan tersebut disambut pula oleh jaringan kedua pada masa kecederaan. Flick superb oleh Walcott menutup terus peluang Cardiff City untuk kembali memberi saingan.

Selepas ini, Arsenal akan bertemu seteru busuk Spurs untuk saingan Piala FA.
Pasti lebih hebat walaupun ketika ini Arsenal mengalami defisit pemain yang cedera belaka.

Okay! Jumpa lagi.

Dikuasakan oleh Blogger.