Breaking

FA Cup: Arsenal 2-0 Tottenham, Walcott menganjing! Cazorla dan Rosicky robek Spurs.

Perlawanan malam tadi ditonton menerusi live streaming sahaja, tetapi alhamdulillah line unifi memang superb dan takde sangkut-sangkut. Admin menonton sambil pancarkan ke dinding menggunakan projektor. Awesome beb!



Perlawanan berlangsung dengan penuh emosi, maklumlah North London Derby! Dan Spurs menurunkan skuad terkuat mereka yang dibarisi oleh bekas sampah iaitu Adebayor. Kononnya dia nak hancurkan The Gunners, pigidah!

Walaupun Soldado membantu serangan Spurs, tapi mereka memang akan terus duduk dala, bayang Arsenal. Arsene Wenger menurunkan skuad kedua Arsenal. Walcott mengetuai jentera serangan dibantu oleh Cazorla dan Gnabry. Manakala bahagian tengah diperkuat oleh Little Mozart Tomas Rosicky, Wilshere dan Arteta.

Per Mertesacker diberikan rehat manakala Vermaelen bergandingan dengan Koscielny. Monreal menggantikan Gibbs yang masih cedera. Sagna macam biasa menjaga kekebalan bahagian kanan. Fabianski pula diberikan peranan menggantikan Szczesny.

Dan walla!

Permainan sangat rancak. Hinggalah Serge Gnabry melorongkan bola cantik untuk Cazorla meremukkan hati peminat Spurs. Admin jerit sorang-sorang! Ada aku kisah? :)

Sepatutnya Walcott juga menjadi penjaring gol tetapi Lloris berjaya menampan. Bongok! Biar ajelah bola tu. Tahap cipan Spurs diserlahkan lagi oleh Rosicky yang mencuri bola dari Cik Rose dan meluru laju ke gawang Spurs lalu dengan selamba menguis bola menerjahkan sebijik lagi gol.

Mertesacker dan Ozil serta Flamini dimasukkan menggantikan Vermaelen, Arteta dan Wilshere. Sepatutnya boleh menang atleast 5-0. Padan muka Spurssy!

Arsenal meneruskan baki 10 minit terakhir dengan hanya 10 pemain apabila Walcott dikeluarkan kerana kecederaan. Dalam pada diusung keluar, Walcott sempat menganjing fans Spurs yang membaling beliau dengan duit syiling, botol air dan sebagainya.

Okay habis.
Arsenal 2-0 Spurs.


Dikuasakan oleh Blogger.