Breaking

Pre-Season: Malaysia XI 1-2 Arsenal / Post-Match (Harimau Malaya memang garang!)

Assalamualaikum, salam ramadhan al mubarak.. wow! dah bersawang blog ni rupanya.. cuti rehat yang sangat-sangat panjang.. anyway.. kehangatan bolasepak dah kembali menyinari hidup para penyokong tegar Arsenal selepas persaingan Euro 2012 yang lepas..

AMS (Arsenal Malaysian Supporters)  http://www.facebook.com/groups/amsgroup/ 
Tadi baru je berlangsung perlawanan persahabatan antara Malaysia XI vs Arsenal FC di Stadium Bukit Jalil.. walaupun kemeriahan ramadhan dirasai dengan pelbagai aktiviti ibadah namun ianya tak menghalang aktiviti sukan juga dilakukan..

Perlawanan tadi berlangsung dengan begitu rancak dan stadium tetap penuh.. Arsenal menurunkan hampir keseluruhan pemain yang dibawanya dengan menggantikan seramai 10 orang yang beraksi pada separuh masa pertama..

Walaupun begitu, Prof. Arsene Wenger dikhabarkan sedikit terganggu dengan kualiti padang dan risau para pemain mungkin boleh mengalami kecederaan akibat keadaan padang yang tak sempurna.

Separuh masa pertama berlangsung dengan seimbang dan kadangkala Malaysia XI mengawal permainan dengan kemas. Keseluruhan pemain Harimau Malaya menunjukkan kematangan serta tenang mengawal bola. Mereka tidak gugup dan mempamerkan aksi yang menyakinkan.

Penjaga gol Malaysia, Farizal Marlias benar-benar outstanding kali ini dengan menafikan begitu banyak percubaan berbahaya ke gawang Malaysia. Kubu pertahanan Malaysia juga ampuh dengan kehadiran Aidil Zafuan. Safee Sali juga menunjukkan aksi cemerlang namun percubaannya yang kerap tepat ke sasaran berjaya dibaca dengan cermat oleh Vito Mannone.

Pada minit terakhir separuh masa pertama, Azmi Muslim membuat kejutan apabila menjaringkan gol dengan rembatan kencang dari jarak 30 ela dan memerangkap Vito Mannone. Ianya begitu sempurna dan memeranjatkan pasukan Arsenal. Kedudukan menjadi 1-0 dan The Gunners perlu mendapatkan gol penyamaan malah mereka perlu menang.

Separuh masa kedua bermula dengan hanya Vito Mannone dikekalkan manakala selebihnya semua ditukarkan oleh Prof. Arsene Wenger.

Terkejut jugak rasanya dia dengan performance Malaysia XI
Tetapi apa yang berlaku terus memihak kepada Malaysia dengan dominasi yang ketara. Arsenal kelihatan begitu berhati-hati dan kehadiran Theo Walcott pun tak mampu memberikan impak yang diinginkan.

Beberapa peluang yang terhidang untuk kedua-dua pasukan berjaya dinafikan oleh penjaga gol. Dan pada hujung permainan, Yennaris yang mendapat ruang berjaya meloloskan diri ke dalam kotak penalti lalu melorongkan bola untuk Thomas Eisfeld menyudahkannya. Kedudukan menjadi 1-1.

Our own master tactical! K. Rajagopal yang hampir saja menghasilkan keputusan luar biasa..
Aidil yang digantikan oleh Ridhuan Taj menyebabkan benteng Malaysia menjadi sedikit rapuh dan kelam kabut. Peluang tersebut berjaya digunakan dengan sebaiknya oleh pasukan Arsenal dan Chuks Aneke merembat bola yang terus tertampan kaki Ridhuan lalu melambung ke gawang gol Malaysia.

Farizal Marlias hanya mampu melihat kerana telah tersilap langkah. Akhirnya Arsenal berjaya mendahului dan seterusnya memenangi perlawanan setelah pengadil meniup wisel penamat.


Beberapa nama yang menunjukkan aksi cemerlang seperti Gary Steven Robbat dan tentunya Alex Oxlade-Chamberlain.. mantop!
Dikuasakan oleh Blogger.