Breaking

Peningkatan Arsenal dari taktikal Unai Emery


Unai Emery menegaskan beliau memerlukan masa sekalipun Arsenal menampilkan peningkatan mendadak sejak kehadirannya di Emirates.

Pengendali dari Sepanyol itu menggantikan Arsene Wenger pada musim panas lalu dan sasarannya adalah untuk mengubah secara drastik corak permainan yang ditampilkan kelab London itu sebelum ini.

Selepas kekalahan kepada Chelsea di Stamford Bridge, kelab dengan julukan Gunners itu memenangi lima perlawanan berturut-turut dan mendaki ke tangga keenam liga tetapi Emery tetap mengambil pendekatan berhati-hati.

“Saya amat gembira dengan pemain, sejak hari pertama pramusim mereka menunjukkan kepada kami yang mereka memutuskan untuk melakukan yang terbaik setiap hari,” kata Emery.

“Saya fikir kami semakin berkembang, bertambah baik setiap hari. Saya amat gembira, kami memerlukan masa, kemenangan adalah penting untuk perkara ini. Kami dalam perjalanan.”

Emery yang sebelum ini melatih kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain dan Valencia dalam kempen La Liga Sepanyol percaya Liga Perdana Inggeris menawarkan ujian unik.



“Ia amat sukar, ada pasukan yang hebat di sini, setiap perlawanan, sebelum ini menentang Everton, pasukan dan pemain yang amat baik. Banyak pasukan terbaik dunia ada di sini,” katanya.

Selepas melayan kunjungan Brentford dalam kempen Piala Liga awal pagi esok, Arsenal dijadual bertemu Watford dalam saingan Liga Perdana, Sabtu ini.

***

Ulasan Acik:


Setakat ni memang nampak Arsenal sedikit berbeza dari zaman Arsene Wenger. Tapi kita baru main tak sampai 10 game pun. Memang kena bagi mana pada Unai Emery untuk betul-betul setup team Arsenal ni.

Kalau refer pada Jurgen Klopp masa season pertama dia pun Liverpool cuma duduk tangga ke 8 Premier League, dua season lepas tu cuma tangga ke 4 je.

So untuk kita yang baru dapat merasa tukar coach selepas berpuluh tahun, kenalah sabar sikit ye dok? Kau apa tau.. :P

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.