Fulltime: Leicester 1 - 1 Arsenal, Lemah Bahagian Serangan dan Taktikal Yang Silap!

Tamat sudah 90 minit perlawanan di King Power Stadium. Leicester ternyata pasukan yang sukar untuk ditembusi. Sanogo memang kurang sengat, Ozil dan Ramsey off form. Ada banyak ruang perlu diperbaiki untuk memantapkan The Gunners.

Pelik kerana Wilshere tidak dimasukkan pada separuh masa kedua menggantikan Ramsey. Cazorla pula yang dikeluarkan dengan memasukkan Alex Oxlade-Chamberlain. Gila Pak Wenger ni!

Sanogo akhirnya memberi ruang kepada Podolski dibahagian serangan tetapi Alexis, Ozil dan beberapa pemain lain kelihatan telahpun keletihan.

Apa pun selepas ini ada interlul kemudian pertembungan dengan Manchester City. Arsene Wenger perlu step-up dalam taktikalnya untuk menyaingi pasukan lain.

p/s: Gua masih bengang Fabregas dilepaskan ke Chelsea.

Dikuasakan oleh Blogger.