Breaking

Fulltime: Aston Villa 1-2 Arsenal

Hanya 1 minit diperlukan oleh Arsenal untuk memboloskan 2 gol ke gawang Aston Villa. Ianya hasil lorongan kemas oleh Jack Wilshere untuk gol pertama dan berselang 17 saat kemudian gol kedua menyusul hasil rembatan dari sudut sukar oleh Olivier Giroud setelah mendapat umpanan dari Jack Wilshere.


Tak dan admin nak update status di page pagi semalam, masuk pulak lagi sebijik gol.

Serge Gnabry memang awesome. Rembatan kencangnya di awal minit permainan menyebabkan pemain Aston Villa, Baker terpaksa diusung keluar apabila terkena bola tersebut di kepala. Pengsan beb!

Memang Arsenal mengawal permainan sehinggakan penguasaan 70% memihak kepada The Gunners. Kemas beb, passing semua cantik. Tapi separuh masa kedua agak kurang memberangsangkan. Mungkin kerana player dah selesa leading 2 bijik.


Sudahnya Benteke menghukum dengan flying heading yang gagal ditangkap oleh Szczesny. Ianya bermula apabila Cazorla membuat passing sloppy yang dipintas pemain Aston Villa seterusnya membuat hantaran lintang yang cantik depan gawang Arsenal.

Apa pun, Arsenal menang 3 mata berharga yang mengembalikan The Gunners ke takhta liga EPL. Keep the faith! COYG. Mimpi ngeri dimalukan oleh Aston Villa pada perlawanan pertama awal musim kini pudar hanya sekadar kisah lalu.
Dikuasakan oleh Blogger.