Breaking

Arsenal tambah jadual pra-musim untuk sertai Markus Liebherr Memorial Cup

Arsenal telah menambah jadual pra-musim berikutan perancangan Jejalah Asia & Afrika yang telah dihebahkan. The Gunners akan menyertai Markus Liebherr Memorial Cup yang akan dimainkan di Stadium St. Mary milik pasukan Southampton untuk menghargai bekas pengerusi pasukan tersebut.

Liebherr menyelamatkan kelab tersebut daripada bangkrup pada 2009 dengan mengukuhkan posisi di League One dan memenangi Football League Trophy. Konglomerat pembinaan daripada Swiss tersebut meninggal kerana serangan jantung pada Ogos 2010 sebelum kelab tersebut mendapat kelayakan untuk menyertai Premier League tahun ini.

Perlawanan secara round-robin itu juga akan menampilkan wakil Liga Premier Scotland iaitu Rangers yang juga sedang mengalami masalah kewangan.

Perlawanan akan berlangsung pada 14hb Julai nanti dan obor Olimpik akan dibawa ke stadium sewaktu pertandingan tersebut.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.