Breaking

Arsenal 5-1 Everton, Ramsey hatrik skor, Aubameyang skor debut & Mkhitaryan hatrik assist!


Januari yang suram sudah berlalu. Selepas meredah duri yang tajam melukakan, kini para penyokong Arsenal sudah boleh mula senyum. Walaupun belum lagi cukup menyakinkan tetapi sudah menawarkan perit bisa luka Januari.

Rasanya ini kali pertama Acik lihat barisan pemain Arsenal keluar masuk dalam jumlah yang agak besar. 

Kau bayangkan..

Dah takde Kieran Gibbs, Gabriel, Lucas Perez, Francis Coquelin, Theo Walcott, Olivier Giroud, Alex-Oxlade Chamberlain, Mathieu Debuchy, Alexis Sanchez dan entah siapa lagi yang Acik tak ingat.


Kemudian masuk pula Mavrapinos Konstatinos ke apa nama dia, Pierre-Emerick Aubameyang, Henrikh Mkhitaryan dan Mesut Ozil pula sign kontrak baru.

Gila banyak perubahan tu. Sekarang ni duk kejar Ramsey dan Wilshere pulak untuk sign kontrak.

Kelmarin Arsenal buat pertama kalinya menurunkan pemain baru seperti Aubameyang dan Mkhitaryan untuk debut di laman sendiri dan ianya berakhir dengan keputusan 5-1.

Aaron Ramsey skor hatrik tu.. Mkhitaryan pula assist hatrik selain Koscielny dan Auba skor sorang sebijik. Dah lama tak nampak performance macam ni dari Arsenal.

Hopefully momentum ini akan berterusan. Nah korang tengok highlight ya.





Apakah si tua nyanyuk tu mampu rejuvenate semula Arsenal dengan pemain-pemain ini?

Mungkin summer nanti akan ada pemain pertahanan dan tengah yang baru untuk kuatkan lagi Arsenal? Dan Petr Cech masih relevan? :)

Kita tunggu ajelah ya.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.